• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

500 unit edisi terhad Realme 5 Pro akan dijual bulan hadapan

  • OLEH Najib
  • 6:16 pm
  • 31/01/2020
  • Komen
500 unit edisi terhad Realme 5 Pro akan dijual bulan hadapan
Share on FacebookShare on Twitter

Realme Malaysia mahu meraikan hari berkasih sayang di bulan Februari dengan memperkenalkan satu warna eksklusif bagi Realme 5 Pro. Warna Chroma White yang baru ini bagaimanapun, hanya disediakan dalam unit terhad.

Realme Malaysia akan menjual Realme 5 Pro dengan warna baru Chroma White pada harga yang sama, RM999 dengan RAM 8GB dan storan 128GB. Hanya terdapat 500 unit akan dijual di Malaysia dan ia akan mula dijual pada 4 Februari 2020, sehingga habis stok.



Kepada yang berminat, Realme 5 Pro Chroma White ini hanya boleh dibeli di Stor Rasmi Realme di Shopee. Selain warna putih ini, Realme 5 Pro juga terdapat di dalam warna hijau dan biru.

Realme 5 Pro adalah telefon pintar kelas pertengahan yang memiliki skrin LCD berukuran 6.3-inci. Ia dikuasakan pemproses Snapdragon 712 dengan RAM sehingga 8GB dan storan sehingga 128GB. Baterinya 4,035mAh dengan pengecasan VOOC 3.0 20W melalui USB-C.



  • Realme 5 Pro

Ia ada 4 kamera belakang, gabungan kamera utama 48MP F1.79 Sony IMX586, kamera bersudut lebar 8MP F2.25, kamera potret 2MP dan kamera makro 2MP. Di depan, ia menggunakan kamera 16MP F2.0 dengan sensor Sony IMX471.

Kenali Realme 5 Pro menerusi artikel dan video kami di bawah ini.

Realme 5 Pro: Buka Kotak & Hands-on
Tags: RealmeRealme 5 Pro
Najib

Najib

POPULAR

500 unit edisi terhad Realme 5 Pro akan dijual bulan hadapan

500 unit edisi terhad Realme 5 Pro akan dijual bulan hadapan

31 January 2020
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

27 April 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN