• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TCL ucap selamat tinggal, adakah ini pengakhiran BlackBerry?

  • OLEH Najib
  • 11:02 am
  • 04/02/2020
  • Komen
TCL ucap selamat tinggal, adakah ini pengakhiran BlackBerry?
Share on FacebookShare on Twitter

TCL Communications (TCL) telah memegang lesen untuk mengeluarkan peranti BlackBerry sejak Disember 2016. Sejak itu, mereka telah menghasilkan telefon pintar KEYone, KEY 2 dan Motion. Bagaimanapun, perjanjian ini akan tamat tahun ini dan kelihatan tidak disambung lagi.

BlackBerry menerusi twitternya telah mengeluarkan kenyataan bahawa lesen TCL untuk menghasilkan dan menjual peranti BlackBerry akan tamat pada 31 Ogos 2020. Bagaimanapun, TCL akan terus memberikan khidmat lepas jualan sehingga 31 Ogos 2022.



Perkara ini seperti boleh dijangka apabila tiada peranti baru BlackBerry diperkenal TCL pada tahun 2019. Model terakhir yang mereka hasilkan ialah KEY 2 LE yang diumumkan pada Ogos 2018. Ia merupakan versi turun taraf KEY 2 yang dilancarkan pada Julai 2018.

Pengakhiran perjanjian ini mungkin menamatkan penghasilan peranti BlackBerry selama 20 tahun. BlackBerry telah berhenti menghasilkan peranti sendiri pada 2016 sebelum memberi lesen kepada beberapa pengeluar lain untuk menghasilkan peranti menggunakan nama BlackBerry.



BlackBerry Key 2

Selain TCL, dua lagi pengeluar lain yang menghasilkan peranti BlackBerry ialah BB Putih Merah di Indonesia dan Optiemus Infracom di Bangladesh, India, Nepal dan Sri Lanka.

TCL sebelum ini telah memegang lesen untuk menghasilkan peranti bukan sahaja di bawah BlackBerry, tetapi juga Alcatel dan Palm. Malah, tahun lepas mereka telah menghasilkan telefon pintar menggunakan jenama sendiri, TCL Plex.

BlackBerry Bold 9900

BlackBerry pula, selepas berhenti menghasilkan peranti sendiri, mereka memberi fokus kepada pembangunan perisian dan sistem keselamatan. Samsung Knox merupakan salah satu perisian keselamatan yang menggunakan kepakaran BlackBerry.

BlackBerry pernah menguasai pasaran telefon pintar dunia dengan tarikan pada papan kekunci fizikal serta sistem permesejan mereka, BBM Messenger. Bagaimanapun, selepas ketibaan Android dan iPhone, pegangan pasaran mereka jatuh mendadak walaupun selepas mereka cuba berubah ke platform Android dan membuka BBM Messenger ke platform lain.

Sumber: The Verge

Tags: BlackBerrytcl
Najib

Najib

POPULAR

TCL ucap selamat tinggal, adakah ini pengakhiran BlackBerry?

TCL ucap selamat tinggal, adakah ini pengakhiran BlackBerry?

4 February 2020
Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

8 April 2026
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
Risau di mana ahli keluarga? Ini cara kesan lokasi guna telefon pintar (2024)

Risau di mana ahli keluarga? Ini cara kesan lokasi guna telefon pintar (2024)

18 March 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN