• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Y7p ahli terbaru dan paling mampu milik dalam ekosistem HMS

  • OLEH Najib
  • 7:25 pm
  • 10/02/2020
  • Komen
Huawei Y7p ahli terbaru dan paling mampu milik dalam ekosistem HMS
Share on FacebookShare on Twitter

Selain Nova 7i, Huawei Malaysia turut membawakan satu lagi telefon pintar baru minggu ini. Ia adalah telefon pintar kelas permulaan yang menggunakan nama, Huawei Y7p.

Huawei Y7p akan mula dijual di Malaysia pada 14 Februari 2020. Ia tampil dalam dua warna yang sangat menarik, biru aurora dan hitam. Harga jualannya hanyalah RM699 sahaja.



Sama seperti Nova 7i, telefon pintar Huawei Y7p juga akan menggunakan ekosistem Huawei Mobile Services, tanpa Google Playstore. Ini menjadikannya telefon ketiga Huawei yang menggunakan HMS dan paling murah untuk dibeli.

Skrin Huawei Y7p sebesasr 6.39-inci dengan lubang yang menempatkan kamera hadapan, Skrin ini dari jenis LCD, memiliki resolusi HD+ sahaja. Ia dibekalkan bateri sebesar 4,000mAh dan mengecas melalui mikro-USB. Pengimbas capjari fizikal terdapat di belakang badannya.



Tarikan utama telefon ini ialah kamera belakangnya. Ia menggabungkan kamera utama 48MP F1.8, bersama kamera ultra lebar 8MP F2.4 dan kamera potret 2MP F2.4. Bersamanya lagi, adalah kamera hadapan 8MP F2.0 yang terletak di dalam lubang di atas skrin.

Kuasa telefon ini digerakkan oleh cip Kirin 710f, bergandingan dengan RAM 4GB dan storan dalaman 64GB. Ia juga menerima kad mikroSD sehingga 512GB untuk storan tambahan. Keluar dari kotak, Huawei Y7p menjalankan sistem operasi EMUI 9.1 berasaskan Android 9.

Selain mula menjual Nova 7i dan Y7p ini, Huawei Malaysia turut mengadakan pelbagai promosi menarik bagi meraikan hari berkasih sayang bulan ini. Layari laman Jualan Hari Valentine Huawei untuk maklumat lanjut.

Tags: HuaweiHuawei Y7p
Najib

Najib

POPULAR

Huawei Y7p ahli terbaru dan paling mampu milik dalam ekosistem HMS

Huawei Y7p ahli terbaru dan paling mampu milik dalam ekosistem HMS

10 February 2020
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN