• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

YouTuber edar wang tunai RM10,000 di Istana Negara ditegur pihak berkuasa

  • OLEH Najib
  • 1:56 pm
  • 27/02/2020
  • Komen
YouTuber edar wang tunai RM10,000 di Istana Negara ditegur pihak berkuasa
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang pencipta kandungan YouTube di Malaysia telah diberi amaran oleh pihak berkuasa agar tidak lagi mengedarkan wang kepada orang ramai di hadapan Istana Negara. Kemelut politik di Malaysia yang belum berkesudahan, mengakibatkan wartawan dan ramai orang berkampung di Istana Negara menantikan berita terkini dari YDP Agong.

Isa Isarb, dikenali dengan pelbagai video ‘prank’ dan cabaran, telah memuat naik video terbaru beliau sepanjang 7-minit di media sosial. Dalam video tersebut, dia cuba memberikan wang tunai sebanyak RM10,000 kepada orang ramai di Istana Negara.



Di permulaan video tersebut, beliau mengatakan, YDP Agong telah memberikan KFC dan McDonald, jadi dia pula cuba untuk memberikan wang tunai RM10,000 dalam bentuk RM1 kepada orang ramai. Beliau mengakui ia perkara yang berisiko tinggi tetapi tetap mahu meneruskannya. Tentang sebab dia berbuat begitu, katanya tiada sebab. Sengaja mahu buat.

Dalam perjalanan ke Istana Negara, beliau turut menyatakan mahu membawa kesedaran anti-rasuah. Tetapi dia juga sedar kemungkinan berlaku rusuhan atau dianggap pemberian wang untuk sokongan parti, sehingga menyebabkan dia ditahan polis.



Apabila sampai di Istana Negara, beliau mula mengedarkan wang RM1 kepada orang ramai di sana. Ramai yang terkejut dengan perbuatan tersebut dan ada yang memulangkan semula wang yang diterima.

Wang tersebut terus diberikan sehinggalah berhampiran pintu Istana Negara, dia dihentikan oleh beberapa pegawai polis beruniform. Mereka bertanyakan apakah yang sedang dia lakukan. Isa menjawab ‘Just For Fun’ tetapi pegawai tersebut meminta dia berhenti melakukannya dan meninggalkan tempat itu.

Isa kemudiannya meninggalkan Istana Negara menggunakan kereta dan beberapa ketika kemudian, menyedari diekori oleh sebuah kereta Mercedes. Tetapi apa yang berlaku selepas itu nampaknya tidak selari.

Isa dilihat kembali berada di persekitaran Istana Negara dan ditegur agar tidak lagi mengedarkan wang tunai di situ. Tidak pasti kenapa dia kembali ke Istana Negara selepas diekori dan adakah orang yang menegur tersebut adalah pemandu kereta Mercedes yang mengekori dia.

Rata-rata, ramai penonton video tersebut tidak senang dengan video Isarb ini. Ia dilihat tidak sopan dengan pihak istana di samping cuba mengejar populariti dengan cara yang salah. Kebanyakan penonton turut mencadangkan agar dia menyumbangkan wang kepada yang lebih memerlukan seperti rumah anak yatim dan orang miskin.

Apa pendapat anda, adakah ia video tersebut sesuai dibuat pada masa begini? Jika anda mahu menonton video penuh tersebut, boleh pergi ke Facebook Isa iSARB.

Tags: Istana Negara
Najib

Najib

POPULAR

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
YouTuber edar wang tunai RM10,000 di Istana Negara ditegur pihak berkuasa

YouTuber edar wang tunai RM10,000 di Istana Negara ditegur pihak berkuasa

27 February 2020
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026
Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

9 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN