• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme C3: Telefon Gaming Pada Harga Kurang RM500 Diumum

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:49 pm
  • 03/03/2020
  • Komen
Realme C3: Telefon Gaming Pada Harga Kurang RM500 Diumum
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas Realme 5i, telefon seterusnya yang diluncurkan Realme dalam tahun 2020 ialah Realme C3. Daripada helaian spesifikasinya, Realme menganggap telefon ini dalam kelas gaming dan pada harga RM499, ia sudah tentu telefon gaming termurah dalam pasaran.

Anda boleh dapatkan Realme bermula 3 Mac 2020 pada harga RM499. Tapi pada 24 jam pertama penjualnnya, anda boleh dapatkan rebat sebanyak RM20 jika anda belinya melalui Shopee menggunakan kod “Colourful”.



Ciri paling menonjol Realme C3 ialah penggunaan SoC Helio G70. Ini adalah cip baru daripada MediaTek dan C3 adalah telefon pertama yang menggunakannya. Pada cip tersebut, MediaTek masukkan teknologi HyperEngine, teknologi untuk menyaigi GPU Turbo Huawei yang katanya boleh menambah baik pengalaman gaming anda.

Seperti video buka kotak saya tempoh hari, saya meletakkan Helio G70 ini sebaris dengan Snapdragon 660, 665, 710, dan 712 disebabkan konfigurasi teras mereka yang hampir serupa.



Pada bahagian lain, Realme C3 adalah sebuah telefon bersaiz 6.5” beresolusi HD+. Di samping SoC gaming itu, ia dibekalkan RAM 3GB dan storan sebesar 32GB. Ada juga slot khad mikro-SD jika anda ingin meluaskan storannya.

Jika anda gunakannya untuk gaming, ia ada bekalan tenaga yang besar. Berbekalkan 5,000mAh bateri, hayat baterinya tentu panjang. Cumanya, telefon ini tiada pengecasan pantas.

Beralih ke jabatan pengimejan, ia ada konfigurasi hampir serupa seperti Realme 5i. Ia ada trikamera belakang 12MP, 2MP (makro), dan 2MP (potret). Swafot boleh dilakukan melalui kamera 5MP.

Apa pendapat anda dengan Realme C3 ini?

Tags: realme 3Realme C3
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Realme C3: Telefon Gaming Pada Harga Kurang RM500 Diumum

Realme C3: Telefon Gaming Pada Harga Kurang RM500 Diumum

3 March 2020
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

6 July 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026
Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

3 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN