Aplikasi Antutu adalah satu perisian yang tidak asing jika anda sering membaca ulasan peranti atau menonton majlis pelancaran telefon pintar. Ini kerana ia sering digunakan sebagai aras petunjuk prestasi sesebuah telefon pintar. Malah, jenama sering menggunakannya untuk berbangga dengan kehebatan produk yang mereka hasilkan.
Tetapi aplikasi Antutu tidak lagi boleh dicari dan dimuat turun dari Google Playstore sekarang. Ia bukan akibat sekatan dari Amerika Syarikat, sebaliknya Google sendiri yang membuang dan mengharamkan aplikasi Antutu dari tersenarai di Google Playstore. Semua ini gara-gara hubungan rapat Antutu dengan syarikat Cheetah Mobile.
Cheetah Mobile merupakan syarikat pembangun aplikasi mudah alih yang telah menghasilkan banyak aplikasi untuk peranti pintar. Bagaimanapun kebanyakan aplikasi mereka ditemui mengumpul maklumat pengguna secara salah, memaparkan iklan yang mengelirukan, serta melanggar polisi pengiklanan Google. Kerana itu, Google telah menyekat semua aplikasi yang dibangunkan oleh Cheetah Mobile dari disenaraikan di Playstore.
Bagaimanapun, baru-baru ini Google telah menemui kaitan aplikasi Antutu dengan Cheetah Mobile dan mengambil tindakan tegas membuangnya dari Playstore. Ia diambil selepas Antutu ditemui menggunakan pautan cmcm.com di dalam dasar privasi mereka dan meletakkan CEO Cheetah Mobile, Fu Sheng sebagai pengerusi/pengurus syarikat Beijing AnTuTu Technology Co. Ltd.
AnTuTu tampil menjelaskan kedudukan mereka menerusi satu kenyataan. Menurut Antutu, Cheetah Mobile hanyalah pelabur dan Antutu beroperasi secara bebas dari Cheetah Mobile.
Antutu telah beroperasi sejak tahun 2011, sebelum Cheetah Mobile ditubuhkan lagi. Pada tahun 2014, Cheetah Mobile telah melabur di dalam Antutu dan menjadi salah seorang pemegang saham. Bagaimanapun, Antutu beroperasi secara bebas dan tidak berkongsi akaun Google Playstore yang sama dengan Cheetah Mobile. Malah, Antutu tidak pernah mempromosikan sebarang perisian Cheetah Mobile.
Antutu percaya, perkara ini adalah salah faham Google kerana Antutu menggunakan pautan cmcm.com di dalam dasar privasi. Antutu akan memperbaiki perkara ini dan mengubah dasar privasi mereka. Tambahan lagi, CEO Cheetah Mobile, Fu Sheng hanya disenaraikan sebagai menuruti peraturan dan tidak pernah terlibat dalam operasi atau pengurusan Antutu. Antutu telah meminta pelabur Cheetah Mobile untuk meyelesaikan perkara ini yang terjadi akibat kesilapan mereka sendiri.
Kenyataan penuh Antutu adalah seperti berikut:
We received a notification email from Google on March 7th informing us that AnTuTu was one of the related publisher accounts of Cheetah Mobile, all AnTuTu apps were removed from the Play Store. But in fact, We think there is some misunderstanding about it. Antutu is NOT the related account of Cheetah Mobile!!
AnTuTu was founded in 2011, even before Cheetah Mobile, and is one of the earliest Google Play developers. Cheetah Mobile invested in us in around 2014 and became one of our shareholders since then. However, we still retain a considerable account of shares and Independent operation of the company as well as our own independent Google Play account. Cheetah Mobile has never touched our Google Play account, and AnTuTu has NOT done any promotion of Cheetah Mobile’s software.
We believe that the reason for Google’s misjudgment is that we purchased and used the legal services from Cheetah Mobile, so our privacy policy link used the address of cmcm.com. This is what we are working on, including changing legal supplier.
Regarding Fu Sheng being the chairman / manager of Beijing AnTuTu Technology Co., Ltd., this is because of the requirements of the investors. In fact, many Chinese companies have such requirements when investing. When the shares reach a certain percentage, investors will require changes in government registration documents. The company is actually operated by Beijing AnTuTu Technology Co., Ltd. Henan Branch. (https://www.tianyancha.com/company/3222572910), and Fu Sheng does not actually participate in the operation or the management of AnTuTu. Anyway, we have informed the investor Cheetah Mobile asking them to solve these problems caused by them.
We hope that Google can examine AnTuTu’s account carefully and finally resolve this misunderstanding as soon as possible.
Antutu kini berusaha untuk berbincang dengan Google bagi menyelesaikan salah faham dan mengembalikan semua aplikasi Antutu ke dalam Google Playstore. Buat masa ini, orang ramai boleh memuat turun aplikasi Antutu secara terus di laman web Antutu.
Sumber: Android Central, Android Police