• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Eropah mahu perkenal undang-undang agar peranti dibina tahan lebih lama

  • OLEH Najib
  • 11:25 am
  • 13/03/2020
  • Komen
Perbandingan Kamera: Realme X2 Pro vs. iPhone 11 Pro Max vs. Mi Note 10
Share on FacebookShare on Twitter

Suruhanjaya Eropah (EU) baru-baru ini mengumumkan perancangan mereka untuk memperkenalkan peraturan “Hak Untuk Membaiki” meliputi telefon pintar, tablet dan laptop pada tahun 2021. Jika ia berjaya dilaksanakan, peraturan ini membolehkan peranti dapat digunakan untuk jangka masa lebih lama sebelum ia perlu dikitar semula atau dibuang.

Perkara ini bukanlah perkara baru di Eropah kerana tahun lepas, mereka telah memperkenalkan “Hak Untuk Membaiki” buat peralatan elektrik di rumah seperti tv dan mesin basuh.



Selain memperkenalkan peraturan “Hak Untuk Membaiki”, EU juga mahu peranti yang dihasilkan direka lebih mampan. Bermakna, peranti tersebut harus tahan lebih lama, boleh digunakan semula, mudah dinaiktaraf dan dicipta menggunakan lebih banyak bahan kitar semula.

Pengeluar perlu memastikan alat ganti tersedia untuk satu masa yang ditetapkan dan boleh diganti menggunakan peralatan yang mudah didapati tanpa merosakkannya. Mereka yang berjaya mencapai sasaran ini, akan diberi ganjaran oleh EU. Langkah ini dilihat sebagai susulan kepada perancangan EU untuk mewajibkan pengeluar menggunakan sambungan USB-C di telefon pintar, terutama sekali di iPhone.



Dalam masa yang sama, EU juga berhasrat memperkenalkan cara yang lebih mudah buat pengguna untuk menjual atau memulangkan telefon pintar dan tablet lama, serta pengecas terpakai.

Persoalannya, bagaimanakah EU mahu melaksanakannya. Adakah pengeluar akan diarahkan untuk memberi kebenaran kepada pengguna membaiki sendiri peranti tanpa menjejaskan jaminan? Adakah pengeluar perlu menjual alat ganti secara terbuka? Perkara ini masih di peringkat awal jadi ia akan dibincangkan dengan lebih mendalam oleh ahli EU dan parlimen Eropah sebelum dikuatkuasakan.

Sumber: The Verge, Suruhanjaya EU

Tags: EU
Najib

Najib

POPULAR

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

13 January 2026
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
Perbandingan Kamera: Realme X2 Pro vs. iPhone 11 Pro Max vs. Mi Note 10

Eropah mahu perkenal undang-undang agar peranti dibina tahan lebih lama

13 March 2020
Redmi Note 15 5G & 4G tiba, telefon bawah RM1,000 ada bateri 6,000mAh & kamera 108MP

Redmi Note 15 5G & 4G tiba, telefon bawah RM1,000 ada bateri 6,000mAh & kamera 108MP

15 January 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER