• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Taiwan hentikan rangkaian 3G menuju ke arah 4G sepenuhnya

  • OLEH Najib
  • 11:46 am
  • 24/01/2018
  • Komen
Taiwan hentikan rangkaian 3G menuju ke arah 4G sepenuhnya
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas menghentikan rangkaian 2G sepenuhnya tahun lepas, National Communications Commission Taiwan (NCC) mengumumkan semua syarikat telekomunikasi (telco) Taiwan perlu mengubah pelanggan mereka ke 4G sepenuhnya tahun ini. Bermakna, mereka perlu mengubah 6.43 juta pelanggan 3G kepada rangkaian 4G sebelum 31 Disember 2018.

Taipei Times melaporkan, lesen 3G di Taiwan akan tamat hujung tahun ini manakala servis 3G akan dihentikan sepenuhnya pada tahun 2019.



Setakat ini hanya Asia Pacific Telecom sahaja yang telah menghentikan operasi 3G mereka. Manakala 4 lagi telco di Taiwan iaitu Chunghwa Telecom, Taiwan Mobile, Far EasTone dan Taiwan Star masih menjalankan rangkaian 3G menggunakan band 2100MHz.

Dijangkakan perubahan penamatan rangkaian 3G ini lebih lancar berbanding penamatan servis 2G pada Julai tahun lepas. Ini kerana telco masih mengekalkan pegangan spektrum 2100Mhz mereka yang kini digunakan di rangkaian 3G.



Singapura dan Australia adalah antara negara yang telah menghentikan rangkaian 2G, di mana telefon mudahalih seperti Nokia 3310 tidak lagi boleh digunakan di sana kerana tidak menyokong 3G. Laporan Mobile World Live mendapati Thailand dilihat semakin hampir menamatkan 2G, melihatkan jumlah pengguna 2G tinggal sekitar 1% sahaja.

Malaysia pula masih belum kedengaran sebarang rancangan untuk menamatkan rangkaian 2G. Hanya telco baru Yes4G sahaja yang menggunakan rangkaian 4G sepenuhnya di Malaysia, di mana mereka mendapat pujian dari OpenSignal baru-baru ini.

[Sumber: TelecomAsia]

Tags: TaiwanTaiwan 3GTaiwan 4G
Najib

Najib

POPULAR

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

21 August 2025
Kini ada lagi banyak cara kumpul GrabRewards, ini tip untuk maksimumkan ganjaran anda!

Kini ada lagi banyak cara kumpul GrabRewards, ini tip untuk maksimumkan ganjaran anda!

31 July 2025
Taiwan hentikan rangkaian 3G menuju ke arah 4G sepenuhnya

Taiwan hentikan rangkaian 3G menuju ke arah 4G sepenuhnya

24 January 2018
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER