• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tempahan eksklusif Galaxy Z Flip dibuka hari ini, harga melebihi RM5000

  • OLEH Najib
  • 8:31 am
  • 17/03/2020
  • Komen
Galaxy Z Flip: telefon boleh lipat Samsung yang lebih mudah dilipat
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon boleh lipat, Samsung Galaxy Z Flip hari ini telah dibuka tempahan awalnya di Malaysia. Bersama pengumuman tempahan awal ini, harga jualan rasminya di Malaysia turut diketahui.

Samsung Galaxy Z Flip dijual di Malaysia pada harga RM5,888. Bagaimanapun, tempahan awal ini dibuka selama satu hari sahaja iaitu hari ini, 17 Mac 2020. Tempahan boleh dibuat dari pukul 10 pagi sehingga 10 malam.



Mereka yang berminat, boleh menempah Samsung Galaxy Z Flip di E Store Samsung. Dalam tempahan yang dibuka selama 12 jam, pembeli akan turut menerima khidmat perdana berupa Talian Bantuan Premium 24/7, pengambilan dan penghantaran percuma untuk sokongan perkhidmatan selama 12 bulan dari tarikh pembelian, barisan keutamaan/ekspress di Pusat Khidmat serta perlindungan skrin berupa satu kali penggantian keretakan skrin dalaman dalam tempoh 12 bulan dari tarikh pembelian.

Stok Galaxy Z Flip dalam tempoh promosi ini sangat terhad dan diberikan kepada pembeli terawal. Samsung Malaysia tidak pula menyatakan berapa banyak unit yang disediakan. Tempahan awal ini akan dihantar kepada pembeli dalam masa 5 hari bekerja.



Buat yang belum kenal, Galaxy Z Flip adalah telefon pintar dengan skrin boleh lipat kedua dihasilkan Samsung. Ia memiliki skrin Dynamic AMOLED HD Penuh, berukuran 6.7-inci apabila dibuka. Ia juga ada skrin Super AMOLED di luar berukuran 1.1-inci, untuk memaparkan notifikasi. Pengimbas capjari terdapat di sisi, bergabung dengan butang kuasa.

Kuasanya digerakkan oleh cip Snapdragon 855+, bersama RAM 8GB dan storan dalaman 256GB. Telefon ini hanya menyokong sehingga rangkaian 4G LTE, bersama satu kad sim fizikal dan satu kad eSIM.

Di tepi skrin luar, terdapat dua kamera iaitu kamera ultra lebar 12MP F2.2 bersama kamera utama 12MP F1.8 yang dilengkapi OIS. Di dalamnya juga ada kamera swafoto 10MP F2.4, terletak di dalam lubang di atas skrin.

Tenaga telefon ini disalurkan dari bateri 3,330mAh yang menyokong pengecasan pantas 15W melalui USB-C serta pengecasan wayarles. Ia juga boleh mengecas peranti lain secara wayarles.

Sumber: Samsung

Tags: samsungSamsung Galaxy Z Flip
Najib

Najib

POPULAR

Galaxy Z Flip: telefon boleh lipat Samsung yang lebih mudah dilipat

Tempahan eksklusif Galaxy Z Flip dibuka hari ini, harga melebihi RM5000

17 March 2020
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN