• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Bekas Ketua Pegawai Operasi Unifi dilantik pengurusan tertinggi Celcom

  • OLEH Najib
  • 1:40 pm
  • 19/03/2020
  • Komen
CEO TM bertukar kali kedua tahun ini, pemangku meletak jawatan

TM Financial Result Q 2017

Share on FacebookShare on Twitter

Celcom Axiata Berhad, baru-baru ini mengumumkan pelantikan Ketua Pegawai Operasi (COO) yang baru. Beliau ialah Imri Mokhtar, sosok yang tidak asing lagi dari Telekom Malaysia. Imri akan memulakan tugas di Celcom pada 1 Mei 2020.

Imri akan memimpin bahagian teknologi, transformasi digital, dan beberapa fungsi korporat dalam kumpulan sokongan. Ini termasuk operasi rangkaian, pemangkin digital, informasi teknologi (IT), transformasi perniagaan, pengurusan program, kawalselia, undang-undang, dan fungsi korporat lain dalam memacu kecemerlangan operasi di seluruh peringkat organisasi.



Imri memiliki pengalaman selama 24 tahun dalam industri telekomunikasi. Jawatan terakhir yang dipegang oleh Imri di TM adalah Ketua Pegawai Operasi (COO) di mana beliau bertanggungjawab dalam operasi perniagaan bagi unifi, TM ONE, kluster TM Global serta IT dan Rangkaian bagi Kumpulan TM. Pada satu masa, beliau pernah memangku jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan TM daripada November 2018 hingga Jun 2019.

Imri bermula di TM pada tahun 1996, dan menyertai TM semula pada 2005. Beliau memegang beberapa jawatan di TM termasuk sebagai Naib Presiden, Pejabat Pengurusan Program dan Prestasi, dan Naib Presiden Eksekutif, Pelanggan. Pada tahun 2005, Imri berkhidmat dengan sebuah operator TV berbayar di Malaysia dan turut berpengalaman sebagai konsultan di sebuah firma konsultansi pengurusan global.



Imri merupakan graduan University College London dengan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian Kelas Pertama) dan kemudian menamatkan program perniagaan dan kepimpinan di Cambridge Judge Business School dan Harvard Business School.

Mengulas berkenaan pelantikan tersebut, Idham Nawawi, CEO Celcom Axiata Berhad berkata, “Celcom melangkah ke tahun 2020 dengan iltizam untuk mengekalkan kedudukan kami dalam mendahului industri sebagai penyedia rangkaian terluas di Malaysia, serta aspirasi untuk menjadi Organisasi Digital yang Menginspirasi di Negara ini. Pelantikan ini sangat tepat pada masanya memandangkan kami sedang meletakkan fokus yang jelas ke arah Kecemerlangan Operasi dan memacu pertumbuhan melalui inovasi, pendigitalan, dan segmen perniagaan baru.

“Sejajar dengan matlamat kami untuk menjadi pemangkin digital utama, pelantikan ini juga memperlihatkan usaha kami yang berterusan dalam menjadi sebuah syarikat berprestasi tinggi. Celcom terus komited untuk terus maju dan memimpin sempadan digital dalam menyediakan situasi ‘menang bersama’ seterusnya mewujudkan industri yang lebih mampan yang memberikan manfaat kepada rakyat, kerajaan dan ekosistem digital negara,” menurut Idham.

Tags: celcomImri MokhtarUnifi
Najib

Najib

POPULAR

CEO TM bertukar kali kedua tahun ini, pemangku meletak jawatan

Bekas Ketua Pegawai Operasi Unifi dilantik pengurusan tertinggi Celcom

19 March 2020
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN