Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) telah mengeluarkan beberapa kenyataan media untuk merujuk pada penggunaan dron dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Mereka menekankan yang semua operator dron adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam Malaysia 2016 (MCAR 2016).
Bawah peraturan tersebut, mereka masih memerlukan kebenaran pihak CAAM untuk terbangkan drone, walaupun dalam situasi wabak COVID-19. Ia bagi memastikan ruang udara kekal selamat kepada semua pihak.
Peringatan itu mungkin merujuk kepada kandungan berita yang telah kami utuskan beberapa hari lalu. Tentang cadangan penggunaan dron sebagai kaedah untuk menambah baik pematuhan rakyat terhadap PKP.
Dewan Bandar raya Kuala Lumpur juga dilaporkan mula menggunakan dron untuk tujuan yang sama.
Pihak MAAC juga menyeru kepada semua pihak yang ingin menggunakan mesin terbang tanpa pilot itu untuk apa tujuan sekalipun agar mendapatkan kebenaran pihak mereka. Untuk tujuan tersebut, mereka boleh rujuk kepada pautan ini.