• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

1GB Percuma PKP: Pengguna Celcom terima secara automatik, tidak perlu tebus atau daftar

  • OLEH Najib
  • 10:54 pm
  • 27/03/2020
  • Komen
1GB Percuma PKP: Pengguna Celcom terima secara automatik, tidak perlu tebus atau daftar
Share on FacebookShare on Twitter

Celcom merupakan salah satu nama yang telah dinyatakan akan memberikan 1GB data percuma kepada semua sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Langkah pemberian ini dijelaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Celcom, Idham Nawawi.

Menerusi twitter @idhamnawawi, beliau menyatakan semua pengguna pascabayar dan prabayar Celcom (dan Xpax) akan diberikan 1GB data percuma secara automatik, bermula dari 1 April 2020 sehingga tamat PKP. Tidak perlu sebarang pendaftaran atau penebusan.



Effective 1 April 2020 and throughout the duration of MCO, all Celcom postpaid and prepaid customers will automatically be given the 1GB immediately without having to opt-in. #StayIn @Celcom pic.twitter.com/UMfzv5DWoM

— Idham Nawawi (@idhamnawawi) March 27, 2020

Seperti di dalam pengumuman awal, 1GB data percuma ini sedia digunakan setiap hari dari pukul 8 pagi sehingga 6 petang. Menurut soalan lazim (FAQ), data percuma ini akan dimasukkan terus ke akaun pengguna tanpa perlu penebusan. Kuota biasa akan digunakan di luar masa tawaran (8am-6pm) dan baki kuota yang tidak digunakan akan terhapus, tidak dibawa ke depan. Data ini juga boleh digunakan untuk hotspot.

Sebelum ini, Celcom telah mengumumkan inisiatif berupa WhatsApp percuma tanpa had dan penggunaan aplikasi Microsoft Office 365 percuma antara pukul 8 pagi hingga 6 petang setiap hari, sepanjang PKP. Semua pengguna juga menerima panggilan percuma ke talian hotline National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC), dan Pusat Pengurusan Operasi Negara.



Pengguna prabayar Xpax pula diberikan masa lebih panjang untuk pas Ultra Hour internet tanpa had RM2, selama 6 jam berbanding 3 jam. Tetapi Hotspot tidak boleh digunakan untuk pas Ultra Hour ini.

Tags: celcomPakej Rangsangan EkonomiPerintah Kawalan Pergerakan
Najib

Najib

POPULAR

1GB Percuma PKP: Pengguna Celcom terima secara automatik, tidak perlu tebus atau daftar

1GB Percuma PKP: Pengguna Celcom terima secara automatik, tidak perlu tebus atau daftar

27 March 2020
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN