• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Netflix Malaysia turunkan kualiti penstriman untuk kurangkan beban rangkaian

  • OLEH Najib
  • 3:44 pm
  • 31/03/2020
  • Komen
Netflix Malaysia turunkan kualiti penstriman untuk kurangkan beban rangkaian
Share on FacebookShare on Twitter

Banyak negara di seluruh dunia telah mengarahkan rakyat agar duduk di rumah dan tidak keluar, untuk mengekang penularan wabak COVID-19. Kerana itu, lebih banyak orang meluangkan masa di internet terutama sekali menonton video dan ia telah meningkatkan penggunaan data melebihi kebiasaan.

Salah satu dari platform penstriman video popular, Netflix telah melaksanakan kemaskini yang mengurangkan beban pada rangkaian sebanyak 25%. Menurut Netflix, pengguna masih dapat menonton kandungan dalam julat resolusi yang mereka langgan (sehingga Ultra HD).



Netflix menerangkan, pengurangan beban ini dicapai dengan membuang jalur strim tertinggi. Bermakna, akan ada sedikit penurunan kualiti pada semua jenis resolusi yang disokong. Tambah Netflix lagi, hanya mereka yang benar-benar teliti dalam kualiti video dapat mengesan penurunan kualiti ini.

Perkara ini dilaksanakan sebagai balasan kepada permohonan Kesatuan Eropah (EU) yang meminta syarikat telekomunikasi menguruskan permintaan terhadap pengunaan rangkaian yang di luar jangkaan. Ia mula dilaksanakan di Itali dan Sepanyol, diikuti negara-negara Eropah yang lain serta United Kingdom.



Tetapi hari ini, tepat jam 12 tengah malam tadi, Netflix Malaysia telah mula melaksanakan format pengurangan bebanan ini. Naib Presiden, Penghantar Kandungan Netflix iaitu Ken Florance menerangkan:

“Berhadapan krisis ini, kami telah membangunkan satu cara untuk mengurangkan trafik Netflix di rangkaian telekomunikasi sebanyak 25% sambil mengekalkan kualiti perkhidmatan kami. Oleh itu, pengguna akan terus mendapatkan kualiti yang disertakan dalam pelan yang dilanggan – sama ada Ultra Tinggi, Tinggi atau Definisi Standard. Kami percaya bahawa ini akan memberi kelegaan yang besar kepada kesesakan rangkaian dan akan dilaksanakan di Malaysia untuk 30 hari akan datang.”

Anda juga pelanggan Netflix? Adakah anda dapat merasakan pengurangan kualiti semasa menonton kandungan Netflix? Setujukah anda dengan langkah yang diambil Netflix ini untuk memastikan strim sentiasa lancar, atau anda mahu kualiti kekal tinggi walau terdapat kesesakan rangkaian?

Sumber: Netflix

Tags: Netflix
Najib

Najib

POPULAR

Netflix Malaysia turunkan kualiti penstriman untuk kurangkan beban rangkaian

Netflix Malaysia turunkan kualiti penstriman untuk kurangkan beban rangkaian

31 March 2020
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN