• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tetapan Auto Status Facebook Messenger mudahkan kemaskini aktiviti semasa

  • OLEH Ghazali Alias
  • 7:34 pm
  • 01/04/2020
  • Komen
Facebook Messenger Kini Dua Kali Lebih Pantas Hasil Tulis Semula Kod Aturcara
Share on FacebookShare on Twitter

Penulis blog dan penyelidik aplikasi, Jane Manchun Wong, menemui satu tetapan baharu di Facebook Messenger yang dikenali sebagai Auto Status. Penemuan berkenaan dikongsi menerusi satu status di laman sosial Twitter miliknya.

Tetapan yang masih dalam fasa percubaan itu, difahamkan serupa seperti di Instagram. Ia membolehkan pengguna mengemaskini status secara automatik berdasarkan lokasi, pergerakan, kadar bateri dan kualiti sambungan rangkaian.



Facebook Messenger is working to port Instagram Threads “Auto Status” feature pic.twitter.com/F0TZdnOSOz

— Jane Manchun Wong (@wongmjane) March 30, 2020

Dalam status berkenaan, Jane berkongsi bagaimana tetapan Auto Status di Facebook Messenger berfungsi. Dia menjelaskan bahawa tetapan ini membenarkan kenalan di Facebook mengetahui apa yang anda sedang lakukan. Pengguna juga boleh memilih kenalan khusus yang dibenarkan untuk melihat kemaskini status.

Tetapan Auto Status ini tidak akan mendedahkan lokasi sebenar pengguna tetapi ia memberi gambaran tentang tempat tersebut seperti kafe, restoran atau bandar. Sebagai contoh, “At a beach”, “In Tokyo”, “On the move” dan sebagainya. Menerusi tetapan ini juga, kenalan akan dimaklumkan menerusi status jika bateri pengguna sedang lemah.



Susulan muat naik berkenaan, Jane mendapat komen rasmi yang mengesahkan tentang kewujudan tetapan tersebut dari pengurus komunikasi EMEA, Alexandru Voica. Dalam komen itu, Alexandru menyatakan bahawa, pihaknya kini dalam usaha untuk meneroka sesuatu yang baharu bagi memberikan pengalaman yang terbaik menerusi aplikasi messenger. Tetapan ini masih dalam fasa pembangunan awal dan ia belum diuji secara terbuka.

Facebook confirms this feature is in early development

via FB’s @alexvoica https://t.co/P8ROh1inrx

— Jane Manchun Wong (@wongmjane) March 30, 2020

Berdasarkan komen berkenaan, berkemungkinan tetapan ini belum lagi tersedia untuk masa terdekat.  Jika fungsi ini sudah rasmi di Facebook Messenger kelak, mungkin ia akan menjadi satu nilai tambah untuk pengguna yang masih setia dengan aplikasi ini.

Sumber: Phone Arena

Tags: Auto StatusFacebookFacebook Messenger
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Facebook Messenger Kini Dua Kali Lebih Pantas Hasil Tulis Semula Kod Aturcara

Tetapan Auto Status Facebook Messenger mudahkan kemaskini aktiviti semasa

1 April 2020
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN