• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Bantuan Prihatin Nasional: Bayaran tunai BPN fasa pertama dipercepat ke 6 April

  • OLEH Najib
  • 5:08 pm
  • 04/04/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Dato’ Sri Zafrul petang ini mengeluarkan kenyataan rasmi bagi mengatakan, bayaran untuk Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang diumumkan Perdana Menteri dalam pembentangan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin, akan dipercepatkan seawal 6 April 2020. Sebelum ini, bayaran pertama BPN dijadualkan pada akhir bulan April diikuti bayaran kedua pada akhir bulan Mei.

Fasa pertama bayaran BPN akan dibuat secara berperingkat mulai 6 April 2020. Ia akan diberikan dahulu kepada golongan B40, iaitu golongan dengan isi rumah berpendapatan RM4,000 ke bawah, atau bujang berpendapatan RM2,000 ke bawah. Bayaran sebanyak RM1,000 akan dibuat secara terus ke akaun bank berdaftar di bawah Bantuan Sara Hidup (BSH) antara 6 hingga 12 April 2020.



Manakala untuk golongan M40 pula, yang termasuk dalam kategori isi rumah berpendapatan RM4,001 ke RM8,000, atau bujang berpendapatan RM2,001 ke RM4,000 pula, akan menerima bayaran BPN antara 13 hingga 15 April 2020. Bayaran sebanyak RM500 akan dibuat secara terus ke akaun bank berdaftar di dalam pengkalan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Mereka yang telah layak dan menerima SMS atau emel dari LHDN, tidak perlu membuat semakan lagi. Hanya perlu tunggu wang tunai BPN dimasukkan ke akaun bank anda pada tarikh yan disebut di atas.



Bagi mereka yang tidak menerima notis kelayakan, boleh membuat semakan sama ada di laman web BSH bagi kategori B40, atau di laman web BPN bagi kategori M40. Jika disenaraikan tidak layak atau tiada dalam pengkalan data, anda boleh membuat permohonan baru dan rayuan di laman web yang sama, dari 1 hingga 30 April 2020.

Sumber: Kementerian Kewangan

Tags: BPNMenteri KewanganPakej Rangsangan EkonomiTengku Zafrul
Najib

Najib

POPULAR

Bantuan Prihatin Nasional: Bayaran tunai BPN fasa pertama dipercepat ke 6 April

4 April 2020
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN