• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

UPSR dan PT3 tahun ini batal, SPM, STPM serta STAM ditangguhkan ke tahun 2021

  • OLEH Ghazali Alias
  • 7:03 pm
  • 15/04/2020
  • Komen
UPSR dan PT3 tahun ini batal, SPM, STPM serta STAM ditangguhkan ke tahun 2021
Share on FacebookShare on Twitter

Susulan penularan wabak COVID-19, Kementeran Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun 2020 dibatalkan.

Menurut Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin, pembatalan berkenaan tidak akan menjejaskan penilaian terhadap tahap penguasaan murid di sekolah rendah dan menengah rendah kerana kerana penilaian boleh dilakukan dengan pelbagai kaedah lain.



Jelasnya, meskipun UPSR merupakan salah kriteria pemilihan untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Maktab Tentera Diraja (MTD), pihak KKM akan menggantikannya dengan kaedah kaedah baharu yang tidak hanya tertumpu kepada prestasi akademik semata-mata.

Begitu juga buat PT3, kaedah baru akan diperkenalkan, sebagai salah satu daripada kriteria pemilihan untuk kemasukan ke sekolah-sekolah khusus seperti sekolah berasrama penuh dan sekolah teknik.



SPM, STPM, STAM ditangguhkan

Sementara itu, perperiksaan bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) untuk tahun 2020 akan ditangguhkan.

Untuk SPM dan SVM tarikh pererikasaan akan dianjakkan ke satu tarikh di suku pertama tahun 2021. Bagi STPM, perperiksaan semester kedua akan diadakan pada bulan Ogos 2020 manakala semester tiga dan STAM akan dilakukan pada suku pertama tahun 2021.

Mohd Radzi turut memberitahu pembatalan dan penangguhan ini terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM.

Selain penangguhan perperiksaan, KPM dan Kementerian Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) telah bsersetuju menangguhkan kemasukan pelajar ke peringkat pengajian tinggi, matrikulasi dan diploma antara bulan Julai dan Ogos 2021. Kemasukan ke pengajian ijazah juga ditunda ke bulan September atau Oktober 2021.

Penangguhan ujian penilaian ini bukanlah satu berita gembira tetapi, wajar dilaksanakan ekoran wabak COVID-19 yang masih belum reda. Walaupaun tahun ini UPSR dan PT3 tiada tahun ini, pastikan kerja rumah yang dibekalkan pihak sekolah disiapkan. Mungkin itu salah satu cara penilaian pihak KPM.

Sumber: Malay Mail

Tags: pt3spmstamstpmupsr
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Proton e.MAS 5: Harga anggaran RM60K – RM80K, dua varian kini boleh ditempah

Proton e.MAS 5: Harga anggaran RM60K – RM80K, dua varian kini boleh ditempah

7 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
UPSR dan PT3 tahun ini batal, SPM, STPM serta STAM ditangguhkan ke tahun 2021

UPSR dan PT3 tahun ini batal, SPM, STPM serta STAM ditangguhkan ke tahun 2021

15 April 2020
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER