• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

JAWI laksana akad nikah sidang video pertama di Malaysia semasa PKP

  • OLEH Ghazali Alias
  • 3:24 pm
  • 20/04/2020
  • Komen
JAWI laksana akad nikah sidang video pertama di Malaysia semasa PKP
Share on FacebookShare on Twitter

Muhammad Don Haadi Don Putra dan Nahdatul Aishah Mohd Shariff merupakan pasangan pertama yang menjalankan majlis akad nikah secara sidang video yang dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Majlis itu berlangsung pada 18 April 2020, pukul 10.10 pagi di rumah pengantin perempuan di Bandar Baru Wangsa Maju, Setapak manakala pengantin lelaki pula berada di Setiawangsa, Kuala Lumpur. Turut hadir di rumah pengantin perempuan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail.



Menurut Mohd Ajib, pelaksanaan akad nikah secara sidang video adalah harus dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Ia selari dengan ketetapan baharu JAWI dan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) kali ke-97 yang bersidang pada 15 hingga 17 Disember 2011.

Jelasnya lagi, buat masa ini kelonggaran untuk melangsungkan akad nikah diberikan kepada pasangan yang telah memperolehi kebenaran berkahwin daripada pihak berkuasa agama sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Permohonan kebenaran dan garis panduan untuk melangsungkan akad nikah secara sidang video boleh dirujuk di laman web JAWI.



Walau bagaimanapun, permohonan kebenaran berkahwin untuk pasangan yang belum lagi mendapat kebenaran berkahwin, pendaftaran nikah, cerai, rujuk, dan kursus praperkahwinan Islam ditangguhkan sehingga PKP tamat.

Sementara itu, Dr Zulkifli turut berkongsi perjalanan majlis akad nikah itu di laman Facebooknya.

Beliau berkata, pelaksanaan akad nikah secara sidang video merupakan usaha untuk menangani dan memutuskan penularan COVID-19 selain, memberi kemudahan untuk menyempurnakan urusan pernikahan bakal pengantin.

Selain Malaysia, Emeriah Arab Bersatu (UAE) merupakan antara negara yang melaksanakan majlis akad nikah secara sidang video ekoran COVID-19. Jadi bagi pasangan yang sudah dapat kebenaran bernikah, boleh langsungkan acara wajib dahulu secara sidang video, majlis sanding tangguh dulu selepas wabak COVID-19 pulih sepenuhnya.

Sumber: Datuk Dr Zulkifli, Bernama
Sumber gambar: Buletin TV3

Tags: JAWIPerintah Kawalan Pergerakan
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
JAWI laksana akad nikah sidang video pertama di Malaysia semasa PKP

JAWI laksana akad nikah sidang video pertama di Malaysia semasa PKP

20 April 2020
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026
Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

3 July 2026
Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

24 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN