• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sindiket bitcoin tumpas, 14 lelaki warga China di tahan

  • OLEH Ghazali Alias
  • 6:24 pm
  • 21/04/2020
  • Komen
Sindiket bitcoin tumpas, 14 lelaki warga China di tahan
Share on FacebookShare on Twitter

Sindiket pelaburan antarabangsa jual beli matawang digital (bitcoin) tumpas, selepas pihak polis menahan 14 lelaki warganegara China berusia 20 hingga 30 tahun dalam serbuan Ops Nuri dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri. Serbuan dilakukan pada 18 April 2020.

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Superintendan Dzulkhairi Mukhtar, penahanan itu dilakukan di sebuah rumah banglo di kawasan perumahan berpagar di Horizon Hills, Iskandar Puteri, Johor Bahru pada pukul 2.14 petang. Lokasi itu dipercayai merupakan markas sindiket berkenaan.



Dalam serbuan berkenaan, polis turut merampas 33 unit telefon pintar, sembilan unit komputer riba, dua unit modem dan satu mesin pencetak.

Jelasnya, pihak polis telah melakukan penyiasatan selama hampir dua bulan sebelum melakukan serbuan di lokasi berkenaan. Sindiket ini menggunakan modus operandi dengan mempromosikan jual beli bitcoin yang tidak wujud menerusi aplikasi Wechat dan QQ.



Hasil siasatan juga mendapati, sindiket ini menyasarkan mangsa yang merupakan warganegara China. Mereka menggunakan teknik penyamaran sebagai mentor dan ahli pelaburan yang berjaya untuk meyakinkan mangsa supaya menyertai skim bitcoin mereka.

Siasatan lanjut mendapati kesemua suspek yang ditahan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah . Mereka ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Dzulkhairi turut memaklumkan bahawa, pihaknya percaya masih ada saki baki ahli sindiket yang masih bebas. Pihak polis juga sedang menjalankan siasatan untuk mengesan dalang kepada sindiket ini.

Sumber: The Star
Sumber gambar: Malay Mail

Tags: bitcoinpdrmSCAM
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Sindiket bitcoin tumpas, 14 lelaki warga China di tahan

Sindiket bitcoin tumpas, 14 lelaki warga China di tahan

21 April 2020
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN