Inisiatif pembayaran zakat fitrah secara dalam talian akan dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ) sepanjang Ramadan bagi tahun 2020.
Walau bagaimanpun, perkhidmatan pembayaran zakat fitrah melalui amil turut diadakan pada tahap minimum bagi memudahkan umat Islam menunaikan kewajipan berkenaan terutama bagi golongan yang kurang mahir dengan teknologi.
Pembayaran menerusi amil
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, pelaksanaan pungutan zakat fitrah melalui amil akan dilaksanakan mengikut tatacara kawalan yang ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Pelaksanaan pembayaran zakat melalui amil akan dilakukan seperti berikut:
- Pembayaran mesti dilakukan dalam tempoh singkat
- Pembayar dan amil perlu mengenakan topeng muka dan pensanitasi tangan semasa berurusan
- Sediakan wang secukupnya dan tidak perlu bersalaman
- Amil yang tidak sihat, tidak dibenarakan melaksanakan tugas
- Individu yang disahkan positif COVID-19 atau baru sembuh termasuk dalam mereka yang dalam kategori Pesakit Dalam Siasatan (PUI) perlu mewakilkan pembayaran kepada ahli keluarga atau waris yang sihat
Kaunter bayaran zakat akan dibuka di hampir semua pejabat Main dan AMZ. Ia tidak akan dibuka di kawasan-kawasan tumpuan ramai seperti pasaraya. Ia sebagai langkah untuk mencegah penularan COVID-19 dan mengelak perhimpunan ramai.
Kadar zakat mengikut negeri
Sementara itu, kadar zakat fitrah pada tahun 1441H/2020M antara negeri-negeri telah ditetapkan. Berikut merupakan kaedah pembayaran dan kadar Zakat mengikut negeri:
- Johor – RM 7, RM 10
- Kedah – RM 5, RM 7, RM 14, RM 21
- Kelantan – RM 7
- Melaka – RM 7. RM 14
- Negeri Sembilan – RM 7
- Pahang – RM 7
- Perak – RM 7, RM 14, RM 21
- Perlis – RM 7
- Pulau Pinang – RM 7, RM 14
- Selangor – RM 7, RM 14, RM 21
- Terengganu – RM 7
- Sabah – RM 6, RM 7.50
- Sarawak – RM 7
- Wilayah Persekutuan – RM 5, RM 7
Jelas beliau lagi, kadar zakat setiap negeri berbeza, mengikut mengikut jenis beras yang menjadi makanan ruji di sesebuah negeri. Bagi golongan yang kemampuan ekonominya terjejas disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bayaran boleh ditunaikan berdasarkan kadar minimum yang telah ditetapkan oleh MAIN dan AMZ mengikut kemampuan diri dan keluarga.
Kaedah pembayaran secara dalam talian
Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dari Jabatan Perdana Menteri turut berkongsi soalan lazim (FAQ) dan panduan pembayaran zakat fitrah secara dalam talian.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh ke laman Facebook MAIN dan AMZ seperti berikut:
- Johor –
Majlis Agama Islam Johor
https://www.facebook.com/zakatjohor/ - Kedah –
Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman
https://www.facebook.com/zakatkedah/ - Kelantan –
Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan
https://www.facebook.com/maikkelantanofficial/ - Melaka –
Zakat Melaka
https://www.facebook.com/zakatmelaka/ - Negeri Sembilan – Perbadanan BaitulMal Negeri Sembilan MAINS https://www.facebook.com/perbadananbaitulmalns/
- Pahang –
Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang
https://www.facebook.com/muipinfo - Perak –
Zakat Perak-MAIPk
https://www.facebook.com/ZakatNegeriPerak/ - Perlis –
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs)
https://www.facebook.com/MajlisAgamaIslamPerlis/ - Pulau
Pinang – Zakat Pulau Pinang
https://www.facebook.com/zakatpenang/ - Selangor – Lembaga Zakat Selangor
https://www.facebook.com/zakatselangor/ - Terengganu – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu
Terengganu-Official
https://www.facebook.com/maidamterengganu/ - Sabah – Bahagian Zakat & Fitrah MUIS
https://www.facebook.com/bzfmuis/ - Sarawak – Tabung Baitulmal Sarawak
https://www.facebook.com/Tabung-Baitulmal-Sarawak110233099029503 - Wilayah Persekutuan – Pusat Pungutan Zakat
https://www.facebook.com/myzakat
Sumber: Datuk Dr Zulkifli