• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PKP: Tiada Balik Kampung Masa Puasa, Hanya Boleh Balik Rumah

  • OLEH Najib
  • 10:49 am
  • 24/04/2020
  • Komen
PKP: Tiada Balik Kampung Masa Puasa, Hanya Boleh Balik Rumah
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sekali lagi menegaskan bahawa tiada sesiapa dibenarkan dari bandar untuk pulang ke kampung bagi menyambut puasa. Ia berikutan pengumuman sebelum ini yang dibuat beliau tentang kebenaran merentas negeri akan dibuka pada 25 April.

“Saya hendak perbetulkan di sini, apa yang diumumkan semalam, saya menyatakan hanya mereka yang terperangkap di kampung boleh berdaftar secara dalam talian atau di balai polis mulai 25 April ini untuk kembali semula ke bandar, bukannya membenarkan orang ramai pulang ke kampung,” katanya.



Ramai yang bertanya bolehkah dari bandar nak balik kampung menyambut Ramadan sepanjang PKP?

Tak boleh.

Ianya demi keselamatan rakyat di negara ini dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19.#StayHomeStaySafe pic.twitter.com/9ELFkn7l54

— Ismail Sabri (@IsmailSabri60) April 23, 2020

Kebenaran ini diberikan kepada orang ramai, yang pulang ke kampung mereka sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa pada 18 Mac lepas. Kini mereka telah berada di kampung selama lebih dari sebulan dan ingin pulang ke rumah di bandar bagi memastikan rumah mereka selamat, selain daripada meneruskan aktiviti dari rumah sendiri.

Bagaimanapun kriteria kebenaran untuk pulang ini masih dalam perbincangan antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Polis, sama ada ia boleh dilaksanakan. Satu SOP ketat perlu dibuat untuk memastikan keselamatan dan undang-undang semasa PKP dipatuhi.



Keputusan tentang perkara ini akan diumumkan pada 1 Mei 2020.

Sumber: Malay Mail

Tags: COVID-19Ismail Sabri
Najib

Najib

POPULAR

PKP: Tiada Balik Kampung Masa Puasa, Hanya Boleh Balik Rumah

PKP: Tiada Balik Kampung Masa Puasa, Hanya Boleh Balik Rumah

24 April 2020
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

27 April 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
TNG eWallet akan menghentikan fungsi auto reload kad debit bermula 13 Mei 2026

TNG eWallet akan menghentikan fungsi auto reload kad debit bermula 13 Mei 2026

30 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN