• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Telco Allo

Astro & Allo menawarkan internet tanpa had bersama kandungan Astro dari serendah RM99

  • OLEH Najib
  • 4:41 pm
  • 27/04/2020
  • Komen
Astro & Allo menawarkan internet tanpa had bersama kandungan Astro dari serendah RM99
Share on FacebookShare on Twitter

Astro kini meluaskan lagi tawaran jalur lebar dan TV mereka menerusi kerjasama dengan Allo . Dengan kerjasama ini, pengguna di kawasan liputan Allo boleh melanggan pelan istimewa Astro Broadband.

Tawaran Astro Broadband dan Allo ini akan menyediakan pelan jalur lebar dengan kelajuan sehingga 1Gbps. Tetapi buat masa ini, terdapat dua pelan yang disediakan iaitu pelan 50Mbps RM99/bulan serta pelan 100Mbps RM129/bulan.



Pelanggan pelan Astro Broadband dan Allo ini akan turut menerima kandungan Pek Keluarga Astro, yang membolehkan mereka menonton lebih 60 saluran termasuk Astro Ria, Prima, Arena, Awani, AEC, Xiao Tai Yang, NatGeo WILD, dan FOXlife, serta banyak kandungan HD yang lain, menerusi Set-Top-Box (STB) dan aplikasi Astro Go.

Untuk perbandingan, Allo menawarkan pelan jalur lebar menerusi City Broadband pada kadar RM79/bulan untuk kelajuan 50MBps dan RM99/bulan bagi 100Mbps. Selain itu, mereka juga menyediakan pelan berkelajuan 500Mbps pada kadar RM139/bulan dan 1Gbps pula RM199/bulan.



Menurut CEO Kumpulan Astro, Henry Tan, kerjasama ini akan meluaskan lagi liputan jalur lebar Astro selepas bekerjasama dengan TM, Maxis dan Time. Dijangkakan kira-kira 150,000 perumahan dan perniagaan baharu boleh mendapatkan tawaran ini dalam tempoh 18 bulan akan datang. Liputan jalur lebar Allo merangkumi kawasan luar bandar seperti Alor Gajah, Cyberjaya, Bangsar dan beberapa lagi lokasi lain.

CEO Allo, Rodzi Ahmad berkata, Allo akan terus meluaskan lagi liputan jalur lebar mereka ke seluruh Malaysia di bawah inisiatif NFCP. Ia bermula dari Melaka, Perak, Johor, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang. Allo akan terus fokus membawa jalur lebar berkelajuan tinggi ke kawasan baharu.

Buat masa ini, tawaran Astro Broadband ini hanya boleh didapati oleh pengguna yang berada di dalam liputan jalur lebar Allo sahaja. Mereka yang berminat untuk melanggan, boleh mendaftar dengan menghubungi talian 03-95433838. Wakil Astro akan membantu anda untuk proses pendaftaran.

Tags: Alloastro
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Astro & Allo menawarkan internet tanpa had bersama kandungan Astro dari serendah RM99

Astro & Allo menawarkan internet tanpa had bersama kandungan Astro dari serendah RM99

27 April 2020
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER