Kemas kini 06 Mei 2020
Tawaran moratorium sudah kembali kepada tawaran asal. Baca sini untuk maklumat lanjut.
==========
Bank Negara Malaysia (BNM), pada 30 April 2020 telah mengeluarkan kenyataan media khusus kepada peminjam produk kewangan hire purchase dan Islamik berkadar tetap. Mereka ini perlu lakukan beberapa langkah tambahan sebagai langkah pengesahan yang mereka bersetuju menerima tawarakan moratorium 6 bulan seperti yang diumumkan 27 Mac 2020 yang lalu.
Walau bagaimanapun, ramai yang marh apabila dalam pada masa yang sama, Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM) turut mengeluarkan kenyataan yang interest untuk kedua-dua produk tersebut akan dikira dan dihimpunkan sepanjang moratorium berjalan. Ia bercanggah dengan tawaran asal moratorium.
Penerangan BNM pada 27 Mac 2020
Seperti yang diketengahkan oleh Wakil Rakyat Kuching Kelvin Yii, Bank Negara telahpun menyatakan dengan jelas dalam dokuman FAQ bertarikh 27 Mac 2020 bahawa tiada tambahan interest ataupun keuntungan sepanjang moratorium.
Menurut Contoh, jika anda membayar RM1,133 sebulan untuk jenis pinjaman yang terlibat, maka anda tetap akan membayar RM1,133 sebulan pada bulan Oktober 2020, iaitu kadar yang sama sebelum dan selepas moratorium berjalan.
Namun, pada 30 APril 2020, dokumen tersebut telahpun dipadamkan dan hanya boleh dilihat melalui fungsi cache di sini. Anda boleh muat turun dan simpan untuk rujukan.
Penerangan BNM pada 1 Mei 2020
BNM telah menerbitkan FAQ baru untuk menggantikan apa yang mereka telah pada tempoh hari berkaitan moratorium ini. Jelas sekali mereka telah mengubah suai FAQ ini dan paling mengejutkan interest ataupun keuntungan tetap berjalan dan perlu dibayar oleh peminjam setelah moratorium berakhir.
Hal ini bermakna, bayaran bulanan peminjam akan meningkat setelah moratorium berakhir sehinggalah tempoh tenure tamat. Contoh yang diberikan adalah pinjaman hire purchase sebanyak RM50,000 pada kadar bunga tetap 2.71% p.a. untuk tempoh 5 tahun.
Asalnya, peminjam membayar RM712 sebulan tapi selepas tapat moratorium, ia telah menjadi RM731 sebulan ataupun peningkatan sebanyak RM19 sehinggalah tempoh tenure tamat.
Berkaitan perubahan tersebut, ini adalah penjelasan BNM.
Apa pilihan yang peminjam ada?
Menurut kenyataan yang dikeluarkan ABM, peminjam ada dua pilihan iaitu:
- 1. Bayar, secara pukal, installment bulan April 2020 hingga September 2020 dalam bulan Oktober 2020 tanpa dikenakan sebarang penalti.
- 2. Terima tawaran moratorium dan interest akan dikenakan terhadap jumlah yang tertunggak (April 2020 hingga September 2020) dan dimasukkan ke dalam baki pinjaman untuk dibayar sehingga tempoh tenure tamat.
ABM juga memaklumkan yang tawaran ini tak lagi automatik dan peminjam yang tidak memberitahu ingin menerima moratorium ini dianggap telah menolak tawaran.
MTUC: Ubah Suai Ini Tiada Perikemanusiaan
Malaysian Trade Union Congress (MTUC) mendakwa pihak ABM tiada sifat ihsan terhadap peminjam dalam keadaan COVID-19 ini. Menurut mereka, langkah ini jelas adalah satu “rompakan di siang hari” terhadap rakyat yang sudahpun berada dalam kesempitan.
ABM juga dilihat menghina rakyat Malaysia dengan menawarkana pilihan pertama jika merekka tak mahu terbeban dengan bayaran bulanan yang meningkat. Jelas sekali golongan yang tersepit tak miliki sekepuk tunai untuk melunaskan baki yang tertunggak, lantas memaksa moratorium diterima.
Anda rasa moratorium bebas interest akan buatkan bank gulung tikar? Anda pernah dengar bank kerugian?
BNM perlu bersifat lebih saksama
Rakyat sudahpun semakin lantang bersuara, walaupun di alam maya. Senator Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan, menyatakan yang BNM perlu perhalusi cara mereka berkomunikasi untuk tidak timbulkan kekeliruan.
Semasa temu bual bersama Astro Awani pada 27 Mac 2020, Menteri Kewangan itu ada mengatakan bahawa bank telah umumkan moratorium bebas interest. Pada ketika itu, dia ditanya tentang berapakah Makcik Kiah berjimat bawah PRIHATIN.