• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PKPB: Polis kurangkan sekatan jalan raya, pergiat pemantaun dan rondaan di seluruh negara

  • OLEH Ghazali Alias
  • 1:19 pm
  • 05/05/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Selain pembukaan semula hampir semua sektor ekonomi dan sosial, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sejak 4 Mei 2020 turut menyaksikan pengurangan sekatan jalan raya di seluruh negara.

Walau bagaimanapun, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan bahawa, penstrukturan semula sedang dilakukan bagi melaksanakan sekatan jalan raya hanya di lokasi tertentu. Ia juga memfokuskan kepada beberapa perkara antaranya, pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), operasi pencegahan jenayah dan kawalan sempadan.



Orang ramai yang masih ingkar terhadap peraturan sepanjang penguatkuasaan PKPB, masih boleh dikenakan tindakan undang-undang seperti yang terpakai semasa PKP sebelum ini.

Kuala Lumpur, Selangor pantau lokasi tumpuan awam

Beberapa negeri di Malaysia juga dilaporkan media tempatan telah mengurangkan pelaksanaan sekatan jalan raya di kawasan mereka. Keadaan di ibu negara mulai sibuk dengan kenderaan selepas pelaksanaan PKPB namun, trafik masih dilihat terkawal.



Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihak polis akan melaksanakan pemantauan untuk memastikan masyarakat patuh PKPB dan memastikan mereka tidak berkumpul. Pasukan pemantau turut ditubuhkan bagi memastikan SOP KKM diamalkan oleh orang ramai.

Polis Selangor turut mengambil pendekatan sama sepanjang pelaksanaan PKPB. Menurut Jurucakap Khas Op COVID-19 Polis Selangor, Asisten Komisioner Muhammad Yazid Muhammad Yew, rondaan dan pemeriksaan turut dipergiat di kawasan tumpuan awam seperti pusat membeli-belah, pasar raya dan tempat rekreasi serta kilang.

Kawalan pintu masuk diperketat di Pantai Timur

Di bahagian Pantai Timur, Kelantan mengurangkan sekatan jalan raya daripada 36 lokasi kepada 19. Ketua Polis Negeri, Datuk Hasanuddin Hassan menjelaskan, pihak polis kini memperbanyakkan rondaan bagi memantau kepatuhan masyarakat terhadap PKPB dan pencegahan jenayah.

Manakala di Terengganu pula, sekatan jalan raya kini dilakukan di 20 lokasi berbanding 49 sebelum ini. Ketua Polisnya, Datuk Roslee Chik memberitahu, pihaknya kini turut menumpukan pemantauan di tempat awam bagi memastikan SOP keselamatan diamalkan, memperketat kawalan di setiap pintu sempadan dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Nerus. Kemasukan rentas sempadan juga dikawal rapi bagi mengelak wujudnya kluster import.

Pulau Pinang beri tumpuan kepada sempadan negeri

Di Pulau Pinang, Ketua Polisnya, Datuk Sahabudin Abd Manan memaklumkan, sekatan jalan raya di negeri itu telah dikurangkan kepada 24 lokasi berbanding 44 sebelum PKPB. Tumpuan diberikan di bahagian sempadan bagi memastikan tiada aktiviti rentas negeri dilakukan sewenangnya.

Johor pantau kemasukan migran

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay juga mempersiap pasukan pemantau untuk melaksanakan rondaan, selain melakukan sekatan jalan raya di daerah yang mempunyai persisiran pantai bagi memastikan tiada aktiviti penyeludupan migran.

Sumber: Berita Harian

Tags: PKPBpolis diraja malaysia
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

PKPB: Polis kurangkan sekatan jalan raya, pergiat pemantaun dan rondaan di seluruh negara

5 May 2020
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER