• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Chatbot di Whatsapp ini boleh bantu semak kesahihan fakta COVID-19

  • OLEH Ghazali Alias
  • 3:47 pm
  • 05/05/2020
  • Komen
Tersilap Hantar Whatsapp? Delete Sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Orang ramai kini boleh membuat semakan dan mendapatkan maklumat yang sahih berkenaan COVID-19 menerusi chatbot di aplikasi permesejan, Whatsapp. Ia diusahakan organisasi penyelidik, Poynter Institute yang juga penerima dana US$ 1 juta

Ia juga merupakan usaha pihak Facebook (pemilik Whatsapp), untuk mengekang penularan berita palsu berkenaan pendemik COVID-19. Poynter Institute juga menerima dana US$ 1 juta untuk usaha CoronaVirusFacts Alliance yang dilakukan oleh mereka.



Menerusi Chatbot ini, orang ramai boleh mendapatkan pelbagai maklumat yang disahkan merangkumi mitos, fakta mahupun keadaan semasa COVID-19. Setiap maklumat disalurkan akan berkait dengan keadaan semasa di negara pengguna yang dikesan menerusi kod negara nombor telefon.

Cara untuk menggunakan chatbot ini:



  1. Simpan  nombor panggilan ini, +1 (727) 2912606 di telefon
  2. Refresh kenalan di Whatsapp
  3. Jika nombor berkenaan sudah ada, boleh mulakan mesej dengan “Hi”

Pengguna juga boleh terus ke Chatbot ini dengan klik di pautan ini.

Selepas mengantar Hi, pengguna akan diberikan enam menu pilihan untuk mengesahkan atau mendapatkan maklumat tentang COVID-19. Berdasarkan menu berkenaan, and boleh:

  1. Membuat pengesahan fakta
    • masukkan kata kunci pertanyaan atau ayat ringkas
    • Contoh: Bawang putih atau adakah bawang putih boleh sembuhkan COVID-19?
  2. Semak maklumat terkini
    • Menerusi menu ini pengguna akan diberikan pengesahan mitos terkini yang sedang hangat diperkatakan
  3. Tips mengelak maklumat salah atau tidak sahih
  4. Mendapatkan maklumat dan fakta tentang COVID-19 di kawasan terdekat (dalam negara)
  5. Maklumat tentang Poynter Institute
  6. Maklumat Privasi

Terdahulu, Facebook dengan kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut melancarkan Chatbot yang serupa di aplikasi Messenger. Ia juga bertujuan bagi memberikan maklumat sahih dan berita tentang COVID-19.

Whatsapp juga sebelum ini telah melaksanakan usaha untuk mengekang penularan info palsu COVID-19, menerusi polisi yang hanya membolehkan satu mesej di forward untuk satu kenalan atau kumpulan pada satu masa.

Bagi mereka yang suka berkongsi maklumat boleh gunakan Chatbot ini untuk mendapatkan atau mengesahkan info terlebih dahulu sebelum menyebarkannya di mesej persendirian, berkumpulan atau media sosial.

Sumber: Phone Arena

Tags: faceboowhatsapp
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Tersilap Hantar Whatsapp? Delete Sekarang!

Chatbot di Whatsapp ini boleh bantu semak kesahihan fakta COVID-19

5 May 2020
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

6 July 2026
Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

7 July 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN