• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

3 APP Daripada Kerajaan Malaysia Ini Bantu Kita Tangani Wabak COVID-19

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:22 pm
  • 05/05/2020
  • Komen
3 APP Daripada Kerajaan Malaysia Ini Bantu Kita Tangani Wabak COVID-19
Share on FacebookShare on Twitter

Wabak COVID-19 masih belum menampakkan akan reda kerana sehingga kini masih tiada vaksin yang mujarab untuk digunakan. Apa yang seluruh dunia lakukan sekarang hanyalah sedaya upaya memutuskan rantaian jangkitan serta menangani symptom yang dihidapi penghidapnya.

Gerak Malaysia has PDRM as the back end. This is for permission to get from one place to another. MySejahtera is health self-assessment. MyTrace is contact tracing. Both MySejahtera and MyTrace have @KKMPutrajaya as the back end. https://t.co/O8m58mYpYN

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) May 3, 2020

Ada macam-macam cara dilakukan untuk dan salah satunya menguna pakai teknologi telefon pintar. Kerajaan Malaysia telah mengumumkan tiga APP yang dibangunkan khas sempena wabak COVID-19.



1. Gerak Malaysia

APP ini dibangunkan oleh SKMM yang asalnya digunakan untuk tujuan pengesanan kontak, tapi diubah suai untuk membantu polis mengawal selia pergerakan rakyat. Contoh APP ini beraksi adalah semasa permohonan perjalanan rentas negeri yang diadakan antara 4 hingga 5 Mei 2020.

Ia untuk mudahkan polis menempatkan bilangan anggota yang cukup semasa hari perjalalanan yang dijadualkan pada 7 hingga 10 Mei 2020 ini.



Namun, APP ini pada mulanya tidak mendapat pengiktirafan MKN tapi setelah beberapa ketika, tidak lagi mendapat tentangan MKN.

Dalamnya, ada fungsi memohon kebenaran berjalanan dalam beberapa kategori.

Muat turun Gerak Malaysia untuk Android dan iOS.

2. MySejahtera

APP ini dibangunkan bersama oleh MKN dan MOH. Mungkin ini sebabnya MKN pada mulanya tidak mengiktiraf Gerak Malaysia. Walau apapun, APP ini bertindak sebagai pusat sehenti maklumat seperti statistik COVID-19 dan sebagainya.

Muat turun MySejahtera di Android dan iOS.

3. MyTrace

APP ini adalah yang paling baru dikeluarkan kerajaan dan ia datang daripada dapur MOSTI. Ia adalah perisian penjejak yang menggunakan Bluetooth untuk mengenalpasti sama ada pengguna telefon ini pernah berada dengan pengguna telefon yang positif COVID-19 atau tidak.

Cara kerjanya adalah dengan menyimpan kod unik telefon yang berada di sekitarnya selama 21 hari dalam telefon. Sekiranya dalam tempoh tersebut, ada antara telefon tersebut dimiliki seseorang yang positif COVID-19, kerajaan ada kemudahan untuk menjejaki siapakah kontak rapatnya.

Muat turun MyTrace di Android. Versi iOS setakat ini masih tiada.

Persoalannya, kenapa perlukan tiga APP sedangkan semua fungsi boleh dihimpunkan dalam satu?

Sumber: MalayMail

Tags: CoronavirusCOVID-19covid19Gerak Malaysiamysejahteramytrace
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

3 APP Daripada Kerajaan Malaysia Ini Bantu Kita Tangani Wabak COVID-19

3 APP Daripada Kerajaan Malaysia Ini Bantu Kita Tangani Wabak COVID-19

5 May 2020
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Kerajaan tawar diskaun tol 50% selama 2 hari sempena Aidilfitri untuk kenderaan Kelas 1

Deepavali 2026: Nikmati diskaun tol 50% pada 6 dan 7 November ini

5 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN