• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jangan tinggalkan pensanitasi tangan di dalam kereta

  • OLEH Najib
  • 9:49 am
  • 18/05/2020
  • Komen
Jangan tinggalkan pensanitasi tangan di dalam kereta
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam kita menjaga kebersihan diri bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19, pasti kita menyediakan pensanitasi tangan di mana-mana tempat kita sentiasa berada. Terutama sekali setiap kali keluar dan pulang ke rumah, salah satu lokasi kegemaran ramai ialah di dalam kenderaan.

Tetapi adakah menyimpan pensanitasi tangan di dalam kereta satu langkah yang selamat?



Syarikat farmaseutikal di Malaysia, Argania.my telah menghasilkan pensanitasi tangan sejak lima tahun lepas. Tetapi penularan wabak COVID-19 telah memaksa syarikat untuk bekerja lebih keras menghasilkan pembasmi kuman seperti pensanitasi tangan serta penyembur disenfeksi dengan lebih banyak, akibat permintaan yang tinggi.

Menurut Argania.my, pensanitasi tangan tidak boleh ditinggalkan di dalam kenderaan, yang sering diletak di bawah panas matahari. “Kandungan aktif di dalamnya seperti alkohol boleh menyejat di bawah suhu yang tinggi dan akan hilang keberkesanannya. Walaupun dalam waktu krisis sebegini, sedikit lebih baik dari tiada, tetapi ia masih disarankan agar pensanitasi tangan tidak ditinggalkan di dalam kenderaan.” terang wakil Argania.my.



“Malah, jangan gunakan pensanitasi tangan yang masih panas kerana ia mungkin akan merengsakan kulit, tunggu ia sejuk dahulu. Akhir sekali, alkohol merbahaya di bawah suhu tinggi kerana ia mudah terbakar jika ditinggalkan terlalu lama di bawah panas, jangan tinggalkannya di dalam kenderaan,” tambah wakil Argania.my lagi.

Jadi, patutkah anda meninggalkan pensanitasi tangan di dalam kereta? Sudah tentulah tidak. Dengan saiz yang kecil, adalah lebih baik agar ia sering dibawa bersama anda. Tinggalkan botol yang berlebihan di rumah atau di pejabat, serta di dalam beg yang sering dibawa.

Sumber: Carlist

Tags: COVID-19
Najib

Najib

POPULAR

Jangan tinggalkan pensanitasi tangan di dalam kereta

Jangan tinggalkan pensanitasi tangan di dalam kereta

18 May 2020
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER