• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Facebook kini dalam percubaan gabungkan panggilan video hingga 50 orang di Whatsapp

  • OLEH Ghazali Alias
  • 12:46 pm
  • 19/05/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas Facebook memperkenalkan fungsi Messenger Room, yang membolehkan sidang media dilakukan bersama 50 ahli pada satu masa, kini dilaporkan bahawa fungsi itu juga akan digabungkan dengan aplikasi permesejan Whatsapp.

Berdasarkan portal WABetaInfo, penggabungan itu kini masih dalam versi beta untuk kemaskini Android 2.20.163. Hurainya, di Whatsapp, fungsi Room diletakkan sebagai pilihan dalam tab panggilan dan juga menu attachment di dalam ruang chat.



Pengguna yang memilih untuk membuat sidang video menggunakan fungsi berkenaan, akan dipautkan ke aplikasi Messenger dan mencipta Room di sana.

Setakat ini, fungsi ini hanya boleh digunakan oleh pengguna versi beta yang terhad di beberapa negara termasuk Amerika Syarikat. Ia difahamkan akan diperluas ke lebih banyak negara tidak lama lagi.



Jika ada yang berminat untuk mencuba fungsi ini di aplikasi Whatsapp, anda boleh ke pautan ini untuk sertai beta tester dan cuba whatsapp beta.

Nampaknya Facebook sangat teruja dengan pembangunan fungsi Room ini. Jika di Whatsapp sudah ada percubaan untuk menggabungkan fungsi itu mungkin tidak lama lagi Instagram pula akan menerima fungsi sama. Mungkin boleh kongsi live dengan 50 orang pada satu masa.

Sumber: WABetaInfo

Tags: FacebookMessenger Roomwhatsapp
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Facebook kini dalam percubaan gabungkan panggilan video hingga 50 orang di Whatsapp

19 May 2020
Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

14 September 2026
Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

15 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN