Hari Raya di tahun 2020 bakal disambut berbeza daripada kebiasaan. Tiada balik kampung bagi ahli keluarga berlainan negeri malah, kunjung mengunjung juga tidak digalakkan. Gara-gara COVID-19, masyarakat terpaksa menjalani normal baharu pada Aidilfitri pertama di abad ini.
Apabila menghampiri Aidilfitri, salah satu yang sinonim dengan masyarakat adalah kemunculan iklan-iklan raya daripada jenama besar dan syarikat tempatan, yang dihasilkan dengan pelbagai jalan cerita menarik untuk memikat selera penonton.
Berikut kami himpunkan iklan-iklan raya tahun 2020:
- Adabi
- Alliance Bank
- Bank Islam
- Bank Rakyat
- Celcom
- Digi
- Hong Leong Bank
- Huawei
- Lazada
- Marigold
- Maxis
- Oppo
- Petronas
- Prudential BSN
- RHB
- Ribena
- Saji
- Shopee
- SME Bank
- Telekom Malaysia
- TNB
- Tesco
- Vivo
- Watson
- Yoe’s
Adabi: Serabut Raya-Raya Jangan Tak jadi
Kisah persiapan hari raya sebuah keluarga dengan normal baharu.
Alliance Bank: Raya Kali Ini Pasti Berbeza
Iklan ini membawakan mesej yang ringkas dan padat, berkenaan semangat kejiranan antara kaum berbilang bangsa dalam konsep animasi.
Bank Islam: #ERATKANJALINAN
Berbezanya raya tahun ini digambarkan dalam iklan Bank Islam menerusi kisah panggilan video bapa dan anak.
Bank Rakyat: Kami Bersama Anda Aidilfitri 1441H
Iklan ini menayangkan perkhidmatan ditawarkan Bank Rakyat dan ucapan Aidilfitri daripada warga kerjanya.
Celcom: Mana Tok Ucu?
Walaupun hanya trailer, tahun ini Celcom akan membawa kembali Tok Cu dalam iklannya. Ia akan ditayangkan sepenuhnya pada 21 Mei 2020.
Digi Raya 2020: Menyulam Budi
Dalam iklan ini Digi membawakan video inspirasi yang menampilkan Hero Jahit Pakaian Pelindung Diri (PPE), Norfarrah Syahirah, yang menjahit menggunakan kaki.
Hong Leong Bank: Jauh Di Mata, Dekat Di Hati
Membawakan iklan aktiviti kebajikan, Hong Leong Bank turut mengajak orang ramai menghulurkan bantuan.
Huawei : Huawei Di Hati bersama 30 SuperStar dan Ekosistem Huawei!
Iklan video klip untuk lagu, Huawei Di Hati nyanyian Hael Husaini dengan menampilkan 30 artis tempatan dan barisan produk baharunya.
Lazada : Cerita Bawang Merah & Bawang Putih | Jualan Raya Lazada 12 Mei
Iklan ini mengadaptasi cerita Bawang Putih Bawang Merah yang digarap dalam animasi menggunakan watak wayang kulit. Ia membawa mesej bermaaf-maafan.
Masak dengan Marigold: Resipi Kek Ceri Kurma Marigold
Membawakan demonstrasi memasak, Marigold mengetengahkan konsep yang ringkas dan resipi yang menarik.
Maxis: Suasana Raya Sempurna
Filem audio yang membawakan nostalgia hari raya dari kotak fikiran seorang kanak-kanak. Bila dengar iklan ini tutup mata dan bayangkan nostalgia itu. Maxis turut menampilkan video visual iklan berkenaan.
Oppo Malaysia: Oppo A92 x Oppo Raya Reward Season
Iklan ini sebenarnya adalah iklan promosi telefon terbaharu Oppo tetapi diselitkan dengan promosi Raya.
Petronas: Antara Dua Jendela
Iklan raya Petronas pasti dinanti-nanti setiap kali Aidilfitri. Tahun ini buat pertama kali, syarikat itu membawakan konsep animasi untuk iklan raya mereka.
Prudential BSN: Lebaran Sang Kancil dan Rakan-Rakan
Sebuah lagi iklan animasi, kali ini membawakan cerita kanak-kanak sang kancil yang mencari buluh untuk membuat lemang dan bertemu dengan sang buaya.
RHB Group Raya 2020: Hikmah
Iklan ini turut menampilkan jalan cerita suasana Ramadan dan Aidilfitri dalam tempoh PKP dan mesej tentang semua yang berlaku ada hikmah tersendiri.
Ribena Raya 2020: Rayai Kecerian di Rumah
Konsep iklan Ribena sangat ringkas dengan mesej raya normal baharu. Ada babak-babak di dalamnya diambil dari iklan sebelum ini.
Saji: Kuah Kacang Ibu
Lakonan mantap Fauziah Nawi dalam iklan ini akan membuat anda mengalir air mata, walaupun tajuknya nama makanan tetapi ada kisah menyentuh hati yang diterapkan.
Shopee Malaysia: Raya Bersama Shopee!
Iklan raya dari Shopee ini merupakan promosi sempena Aidilfitri.
SME Bank: Selamat Hari Raya Aidilfitri
Iklan yang ringkas dengan memaparkan montaj sambutan Aidilfitri dan suasana di Kuala Lumpur.
Telekom Malaysia: TM Ramadan/Syawal 2020
Iklan TM ini mengangkat penghargaan terhadap petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus berjuang menentang COVID-19.
Tenaga Nasional Berhad: TNB Raya 2020 – #SemangatRayaEpikFantastik
Tahun ini TNB menampilkan magis tersendiri dengan iklan yang kreatif, tersendiri dan menyentuh hati
Tesco Malaysia: Iklan Raya 2020
Menampilkan iklan dengan jalan cerita normal baharu Ramadan dan Aidilfitri, Tesco tampil dengan empat siri iklan yang digarap dengan unsur komedi
Vivo Malaysia: #RayaStyleLain with vivo 2020
Iklan ini pula membawakan drama kekecohan keluarga yang melaksanakan persediaan untuk sambutan Aidilfitri dalam normal baharu.
Watsons Raya 2020: Jauh Di Mata Tetap Beraya
Iklan dari Watsons membawa mesej yang jelas dari tajuknya yang menggarap perkhidmatan dalam talian serta menampilkan dutanya, Ayda Jebat
Yeo’s Malaysia: Raya Kaler Yeogurt
Iklan ini ditampilkan dalam tiga episod yang mengisahkan tentang Ramadan dan Aidilfitri sebuah keluarga
Walaupun dengan COVID-19 dan Perintah Kawalan Prgerakan, masyarakat Malaysia khususnya masih dihidang dengan pelbagai iklan Ramadan mahupun Aidilfitri yang kebanyakkannya digarap dengan mengaitkan normal baharu termasuk situasi perjuangan kita mendepani COVID-19
Ada iklan yang dihasilkan terutamanya dari syarikat tempatan tidak seperti tahun-tahun lalu. Mungkin karena PKP dan pengambaran yang terpaksa dibatalkan, membawa kepada idea baru untuk menghasilkan iklan yang lebih kreatif.