• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kandungan filem dan drama di Dimsum kini boleh dilayari di Huawei Video

  • OLEH Ghazali Alias
  • 2:45 pm
  • 22/05/2020
  • Komen
Kandungan filem dan drama di Dimsum kini boleh dilayari di Huawei Video
Share on FacebookShare on Twitter

Pengguna Huawei kini boleh menikmati kandungan pelbagai drama dan filem Asia daripada aplikasi dan laman web penstriman video on-demand, Dimsum di aplikasi Huawei Video bermula 15 Mei 2020. Akses ini boleh dinikmati oleh pengguna peranti terkini Huawei termasuk P40 dan P40 Pro.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran Dimsum Entertainment, Lam Swee Kim, kerjasama dengan Huawei ini merupakan insiatif pihaknya untuk menjangkau kelompok pengguna telefon pintar yang lebih besar.



Melalui kolaborasi ini, pengguna di Malaysia dan Singapura boleh menonton kandungan drama, filem dan animasi dari Thailand, China, Korea, Jepun, Taiwan, Indonesia dan Singapura secara on-demand hanya di aplikasi video yang sedia ada di peranti Huawei itu.

Pelanggan baharu Dimsum yang mendaftar menerusi Huawei Video juga akan menikmati langganan VIP percuma selama sebulan. Langganan tersebut boleh diperbaharui dengan potongan harga serendah RM 6 untuk pelanggan di Malaysia dan SGD 3 (Singapura). Harga langganan VIP biasa adalah RM 8, penggunaan terhad kepada 2 peranti.



Untuk maklumat lanjut mengenai terma langganan dan informasi, orang ramai boleh ke laman web Dimsum di sini. Bagi pengguna Huawei pula, anda boleh memuat turun aplikasi Huawei Video.

Sementara itu, Huawei turut melancarkan kempen cabutan bertuah, HUAWEI Video-Watch & Win, bermula 27 Mei sehingga 27 Julai 2020.  Menerusi kempen ini pengguna hanya perlu, menonton kandungan yang tersedia dalam aplikasi Huawei Video sekurang-kurangnya selama seminit, untuk berpeluang memenangi hadiah menarik setiap hari.

Pelbagai hadiah yang ditawarkan antaranya:

  • HUAWEI P40 pro
  • MatePad Pro
  • FreeBud 3
  • Pas 3 bulan langganan aplikasi Dimsum
  • eWallet Touch ‘n Go
  • baucar tunai Lazada

Bagi pengguna Huawei yang meminati drama atau filem Asia, kerjasama ini amat menarik buat mereka. Boleh layan macam-macam filem dan drama menarik termasuk yang terbaharu.

Tags: DimSumHuaweiHuawei Video
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Kandungan filem dan drama di Dimsum kini boleh dilayari di Huawei Video

Kandungan filem dan drama di Dimsum kini boleh dilayari di Huawei Video

22 May 2020
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER