• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PKPB: Peniaga kedai runcit dikompaun RM 10,000, jual topeng muka lebih harga siling

  • OLEH Ghazali Alias
  • 4:56 pm
  • 27/05/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Tindakan menjual topeng muka penutup mulut dan hidung tiga lapis melebihi harga siling, seorang peniaga kedai runcit di Chukai, Terengganu, dikenakan kompaun sebanyak RM 10,000.

Tindakan berkenaaan diambil dalam satu siasatan yang dijalankan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu  pada 12 tengah hari, 26 Mei 2020. Turut dirampas adalah kesemua barangan bernilai RM168.



Pengarahnya, Saharuddin Mohd Kia berkata , pihaknya mendapati bahawa peniaga berkenaan yang merupakan seorang wanita berusia 45 tahun, telah menjual 70 unit pelitup muka tiga lapis dengan harga RM2.40 seunit.

Tindakan diambil mengikut peruntukan di bawah Seksyen 11, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan denda maksimum sebanyak RM100,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.



Sementara itu, KPDNHEP Terengganu juga telah menjalankan 5,798 pemeriksaan di premis-premis sekitar negeri itu. Dari pemeriksaan berkenaan, 87 kes telah dikenakan kompaun dengan nilai keseluruhan sebanyak RM33,000. Sebanyak 205 aduan juga telah diterima daripada orang awam dan diambil tindakan.

Terdahulu, KPDNHEP telah menetapan harga siling topeng muka kepada RM1.50 seunit bagi jenis tiga lapis, manakala selebihnya,  RM0.15 seunit bagi jenis satu lapis, RM0.20 seunit bagi jenis dua lapis dan RM6 seunit bagi jenis N95.

Buat peniaga terutama yang menjual topeng muka, jangan ambil kesempatan dengan menjualnya pada harga melebihi kadar yang ditetapkan. Kita dalam usaha membendung wabak COVID-19 dan peniaga perlu peka dengan peraturan, terutama apabila melibatkan barang kawalan. Jangan kerana sikap tamak nak untung lebih sikit, dapat denda RM 10,000.

Sumber: Malay Mail

Tags: KPDNHEPPKPB
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

PKPB: Peniaga kedai runcit dikompaun RM 10,000, jual topeng muka lebih harga siling

27 May 2020
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

8 April 2026
Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

10 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Vivo V70 FE Malaysia: Telefon bawah RM2,000 dengan bateri 7,000mAh dan kamera 200MP

Vivo V70 FE Malaysia: Telefon bawah RM2,000 dengan bateri 7,000mAh dan kamera 200MP

10 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN