• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Telco Celcom

Bagaimana teknologi berjaya menemui Tok Ucu dan Sambal Goreng Pengantin?

  • OLEH Penaja
  • 7:53 pm
  • 29/05/2020
  • Komen
Bagaimana teknologi berjaya menemui Tok Ucu dan Sambal Goreng Pengantin?
Share on FacebookShare on Twitter

(Artikel ini dibawakan kepada anda oleh Celcom)

Norma baharu pasca COVID-19 dirasai oleh semua rakyat Malaysia. Penjarakan sosial dan duduk di rumah telah menjadi kebiasaan masakini. Perkara ini turut memberi kesan kepada 11 orang cucu Tok Ucu, yang ditampilkan di dalam iklan raya Celcom tahun lepas.

Celcom telah berjaya menjadi platform penghubung dalam menghasilkan video ini, di mana para pelakon telah membuat rakaman diri mereka sendiri dan berkongsi dengan pihak produksi secara berjauhan. Semua teknologi yang dipaparkan juga mengguna pakai platform Celcom, membuktikan teknologi boleh menghubungkan semua orang dalam apa juga bentuk komunikasi.

Kisah raya cucu Tok Ucu tahun ini bermula dengan mereka semua membuat sidang video di rumah masing-masing. Ini adalah salah satu norma baharu yang telah banyak digunakan orang ramai semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa. Dengan liputan Celcom yang meluas di bandar dan luar bandar, kesemua cucu Tok Ucu boleh berhubung dengan lancar.

Kali ini, cucu Tok Ucu merancang untuk membahagikan tugas membeli barangan untuk Sambal Goreng Pengantin yang dihasilkan Tok Ucu mereka tahun lepas. Tetapi masalahnya, Tok Ucu tak dapat dihubungi.

Di Mana Tok Ucu?

CCTV

Menariknya, video ini mengisahkan bagaimana cucu Tok Ucu menggunakan teknologi terkini dalam mencari Tok Ucu yang hilang. Ia bermula dengan CCTV yang boleh berhubung ke internet, pastinya menggunakan talian Celcom yang lancar walau di kampung. Tetapi CCTV tersebut hanya menemui Jantan, kambing kesayangan Tok Ucu.

Mencari Telefon Tok Ucu

Seterusnya mereka cuba mencari dengan menggunakan fungsi Find My Phone yang terbina di dalam sistem operasi Android. Dengan mudah mereka menemui telefon tersebut yang bersambung ke rangkaian Celcom, berada di dalam sawah padi berhampiran rumah Tok Ucu.

Peta Maya Realiti

Untuk mengenalpasti kawasan sekitar rumah Tok Ucu walaupun jauh di bandar, carian disambung pula dengan menggunakan Google Street Maps. Dari peta tersebut, mereka berjaya mengesan jiran rumah Tok Ucu, iaitu Tok Busu dan pencarian mereka tidak terhad di situ.

Rakan Media Sosial

Mereka mahu menghubungi Pak Busu tetapi tiada siapa ada menyimpan nombornya. Carian di Facebook dibuat dan mereka berjaya menemuinya dan terus berhubung melalui Facebook. Pak Busu yang menjawab panggilan terus menunjukkan keadaan sekitar rumah Tok Ucu menggunakan kamera telefonnya, tetapi ternyata rumah Tok Ucu kosong.

Tetapi terdapat dron yang terbang di atas rumah Tok Ucu!

Dron misteri di rumah Tok Ucu

Cadangan seterusnya ialah mencari di internet jika terdapat rakaman video dron yang diambil di kampung Tok Ucu. Pencarian ini membawa kepada Adila, seorang pemilik dron yang seterusnya membawa kepada media sosial Adila. Mereka segera menghubungi Adila dan Adila menunjukkan dronnya di samping Sambal goreng Pengantin!

Apakah hubungan Adila dengan Tok Ucu? Di manakah Tok Ucu berada sekarang? Apakah yang terjadi kepada Tok Ucu sehingga terputus hubungan?

Anda boleh mendapatkan jawapan ini menerusi Filem Pendek Hari Raya: Mana Tok Ucu? Dengan teknologi canggih yang kini boleh digunakan oleh semua pelusuk masyarakat tidak kira umur, ia membolehkan kita berhubung walau di mana jua kita berada. Apatah lagi di waktu kita perlu berada di rumah, ia masih boleh didekatkan secara digital sambil patuh kepada arahan kerajaan.

Semasa hari raya ini, sudahkah anda menghubungi keluarga yang tersayang? Tidak kiralah adik atau nenek atau emak, telefon mereka secara audio atau video dan bertanyakan khabar, di samping mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua. Dengan liputan meluas dan terpantas Celcom, anda pasti dapat berhubung samada di bandar mahupun di luar bandar.

Tags: celcomHari Rayapenaja
Penaja

Penaja

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Bagaimana teknologi berjaya menemui Tok Ucu dan Sambal Goreng Pengantin?

Bagaimana teknologi berjaya menemui Tok Ucu dan Sambal Goreng Pengantin?

29 May 2020
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER