• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

SPAN menasihatkan pengguna jangan terkejut dengan kenaikan bil air bulan Mei

  • OLEH Najib
  • 5:24 pm
  • 02/06/2020
  • Komen
SPAN menasihatkan pengguna jangan terkejut dengan kenaikan bil air bulan Mei
Share on FacebookShare on Twitter

Pengguna di rumah mungkin akan menerima kejutan dalam bil air mereka tidak lama lagi. Ia berikutan masalah yang sama dihadapi dengan bil elektrik terbaharu.

Menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), bil air pengguna untuk bulan Mei akan lebih tinggi dari biasa berikutan pelarasan bil air untuk bulan Mac dan April. Ini disebabkan bacaan meter sebenar telah mula diambil untuk bil Mei, berbanding bacaan anggaran bagi bulan Mac dan April.



Bacaan anggaran untuk bil Mac dan April terpaksa dilakukan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac, yang tidak membenarkan petugas syarikat air membuat bacaan sebenar di meter pengguna. Selepas kelonggaran diberikan dalam PKP Bersyarat (PKPB), bacaan sebenar telah mula diambil dan ia perlu diselaraskan semula dengan kiraan anggaran sebelum ini.

Selain itu, SPAN menyatakan bahawa bil air pengguna di rumah juga meningkat disebabkan penggunaan yang lebih banyak di musim PKP. Ini kerana semua orang tidak lagi keluar bekerja di waktu siang atau berjalan keluar di hujung minggu, sebaliknya duduk di rumah sepanjang masa. Ini menyumbang kepada penggunaan air yang lebih dari biasa, termasuk penggunaan elektrik.



SPAN menasihatkan pengguna agar membayar bil air mereka mengikut waktunya kerana lebihan bayaran akan dibawa ke bil bulan seterusnya. Jika pengguna merasakan caj bil air yang dikenakan tidak berpatutan dan mahukan maklumat lanjut, pengguna perlu menghubungi penyedia perkhidmatan air atau membuat aduan ke span menerusi emel [email protected]

Sumber: Malay Mail

Tags: Perintah Kawalan PergerakanSPAN
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
SPAN menasihatkan pengguna jangan terkejut dengan kenaikan bil air bulan Mei

SPAN menasihatkan pengguna jangan terkejut dengan kenaikan bil air bulan Mei

2 June 2020
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN