• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PKPB: Rentas negeri dibenar untuk bernikah dan mengambil gambar praperkahwinan

  • OLEH Ghazali Alias
  • 5:13 pm
  • 04/06/2020
  • Komen
PKPB: Rentas negeri dibenar untuk bernikah dan mengambil gambar praperkahwinan
Share on FacebookShare on Twitter

Bakal pengantin kini dibenarkan untuk merentas negeri bagi menyelesaikan urusan pernikahan dengan syarat perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihak kerajaan turut membenarkan jurufoto mengambil gambar praperkahwinan hanya di tempat-tempat terbuka.



Walau bagaimanapun, orang ramai perlu patuh prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bagi pasangan pengantin yang ingin melangsungkan pernikahan, perlu mematuhi SOP yang sama seperti aktiviti lain termasuk tidak boleh lebih 20 orang dalam majlis, mengamalkan penjarakan sosial dan tidak bersalam.



Sumber: Jabatan Agama Islam Muadzam Shah

Begitu juga bagi aktiviti fotografi di tempat terbuka, pihak terlibat perlu menjaga penjarakkan sosial, amalkan langkah pencegahan dengan memakai topeng muka dan menggunakan pensanitasi tangan.

Sumber: Jabatan Agama Islam Muadzam Shah

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri turut menegaskan supaya orang ramai tidak cuba-cuba untuk merentas negeri kecuali buat urusan kes kecemasan, kematian, perubatan, serta mereka yang bekerja berulang-alik antara negeri.

Terdahulu, kerajaan turut memberi kelonggaran merentas negeri kepada pasangan yang terpisah semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Kebenaran tersebut diberikan kepada mereka yang mempunyai pasangan suami atau isteri termasuk di Sabah dan Sarawak dengan kelulusan daripada pihak PDRM .

Sumber: The Star

Tags: COVID-19PKPB
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

PKPB: Rentas negeri dibenar untuk bernikah dan mengambil gambar praperkahwinan

PKPB: Rentas negeri dibenar untuk bernikah dan mengambil gambar praperkahwinan

4 June 2020
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

4 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN