Bila sudah boleh merentas negeri dan melancong dalam negara, Malindo Air juga mengumumkan akan kembali beroperasi dengan penerbangan ke hampir semua destinasi domestik, bermula 12 Jun 2020.
Hampir semua penerbangan harian dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) Subang, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan berjalan seperti biasa. Manakala penerbangan dari Ipoh ke Johor Bahru pula akan beroperasi tiga kali seminggu.
Berikut adalah lokasi penerbangan domestik Malindo Air:
Dari LTSAAS Subang
- Kota Bharu
- Pulau Pinang
- Alor Setar
- Johor Bahru
- Kuala Terengganu
- Langkawi
Dari KLIA
- Kota Kinabalu
- Kuching
- Langkawi
Promosi Balik Raya
Sementara itu, sempena pembukaan semula operasinya, Malindo Air turut menawarkan promosi harga tiket menerusi Kempen Balik Raya. Promosi ini diberikan kepada pelanggan untuk tempahan sehingga 21 Jun, dan penerbangan dari sekarang hingga 27 September 2020.
Bagi penerbangan dari LTSAAS Subang ke destinasi di Semenanjung Malaysia, harga tiket bermula dari RM199 sehala. Tiket penerbangan sehala dari KLIA ke Kuching pula bermula daripada RM289. Manaklala ke Sabah pula bermula dari RM389 Sehala.
Baucar Pelancongan
Sementara itu, buat pelanggan yang penerbangannya dibatalkan sebelum ini berikutan pandemik COVID-19, mereka boleh menebus tiket mereka dalam bentuk Baucar Pelancongan. Penebusan boleh dilakukan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh penerbangan dibatalkan. Baucar tersebut pula, boleh digunakan dalam tempoh 11 bulan selepas ia ditebus. Bagi mereka yang belum membuat penebusan tiket, boleh ke pautan ini.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung harga tiket dan promosi, orang ramai boleh ke laman web Malindo Air di pautan ini.
Sumber: Malay Mail