• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kasut but Zara ini memudahkan pemakai menangkap Pokémon

  • OLEH Ghazali Alias
  • 8:55 am
  • 18/06/2020
  • Komen
Kasut but Zara ini memudahkan pemakai menangkap Pokémon
Share on FacebookShare on Twitter

Kolaborasi jenama animasi dan permainan video, Pokémon dengan rangkaian fesyen bukanlah sesuatu yang baharu. Daripada pakaian hingga aksesori, francais animasi itu telah menghiasi dunia fesyen menerusi watak-watak utama dan raksasa yang popular serta comel.

Perkara sama turut dilakukan oleh jenama fesyen, Zara yang menampilkan rekaan kasut but muncung dan bertumit. Uniknya, kolaborasi kali ini membawakan rekaan kasut kasual dengan tumit bola pokemon (Pokéballs).



Setakat ini, kasut tersebut hanya dipasarkan di China dan Hong Kong menerusi laman web Zara. Kasut but paras buku lali ini dijual pada harga berbeza mengikut lokasi. Di Hong Kong harganya ialah HKD 399 (~RM220). Manakala di China lebih murah, CNY 199 (~RM120).

Kasut ini direka dengan fabrik utama dari campuran 89% poliester dan 11% elastane. Campuran ini menjadikan kasut berkenaan lebih ringan dan elastik.



Pelapik tapaknya dibuat menggunakan 100% polyurethane. Teknologi Airfit Comfort daripada Zara juga memberikan keselesaan kepada pemakai, terutama untuk komposisi kaki semasa memakai tumit tinggi.

Didatangkan dalam warna hitam, satu-satunya perincian yang melambangkan Pokémon adalah tumitnya. Dengan ketinggian tumit 5cm, bahagian bawah Pokéballs diratakan bagi menjadikan ia praktikal untuk kegunaan kasual.

Mungkin dari segi penggayaan akan nampak pelik. Tetapi bagi peminat tegar Pokémon, memakainya umpama satu kebanggaan. Kalau dilihat sekali imbas, kasut ini mengingatkan kepada kasut pasukan roket dalam siri animasi itu. Cuma rekaan ini bertumit Pokéballs.

Buat masa ini belum ada sebarang makluman tentang kedatangan kasut ini ke pasaran tempatan. Jika mahu membelinya terus di pasaran China, mungkin akan menelan kos penghantaran yang agak mahal.

Sumber: Gonintendo

Tags: pokemonzara
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Kasut but Zara ini memudahkan pemakai menangkap Pokémon

Kasut but Zara ini memudahkan pemakai menangkap Pokémon

18 June 2020
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN