• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor 9A tiba dengan bateri dan storan besar serta harga kecil

  • OLEH Najib
  • 8:41 pm
  • 23/06/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Honor Malaysia hari ini melancarkan sebuah telefon pintar mampu milik baharu, dengan harga di bawah RM600. Dikenali sebagai Honor 9A, ia dipromosikan sebagai telefon yang besar gila kerana ada bateri besar dan storan besar.

Dengan storan seluas 64GB, Honor 9A dijual pada harga RM549 sahaja. Ia akan dijual di Malaysia bermula hari Jumaat ini, 26 Jun 2020 di Stor Online HiHonor serta di Stor Rasmi Honor di Lazada dan Shopee. Manakala di kedai fizikal, jualan dibuat bermula dari 6 Julai dengan tempahan awal di kedai terpilih, dari 26 Jun hingga 5 Julai 2020.



Pembeli terawal di stor online serta mereka yang membuat tempahan awal Honor 9A di kedai fizikal, akan menerima hadiah percuma bernilai RM218. Hadiah tersebut berupa beg, botol air dan storan awan Huawei Cloud sebanyak 15GB. Manakala pembelian di kedai fizikal dari 6 Julai akan menerima hadiah percuma botol air dan storan awan Huawei Cloud 15GB sahaja.

Honor 9A diperkasa oleh cip Mediatek Helio P22 yang agak lama, bersama RAM 3GB dan storan 64GB. Ia turut menerima kad mikroSD sehingga 512GB dan dua kad sim nano serentak.



Skrinnya berukuran 6.3-inci bertakuk kecil, pada resolusi HD 720p sahaja. Bateri besar di dalamnya berkapasiti 5,000mAh dan mengecas melalui port mikro-USB. Pengimbas capjari terdapat di belakang.

Bahagian kamera Honor 9A terasa sedikit baharu. Terdapat 3 kamera di belakangnya yang menggunakan susunan mirip model flagship Honor V30. Ia gabungan kamera utama 13MP, kamera ultra lebar 5MP dan kamera pengesan kedalaman 2MP. Kamera hadapannya pula 8MP, terletak di dalam takuk di atas skrin.

Perkara paling penting yang perlu diketahui pembeli ialah Honor 9A tidak memiliki Google Mobile Services, bermakna tiada aplikasi Google dipasang di dalamnya. Ia menggunakan Huawei AppGallery sebagai stor aplikasi dan Huawei Mobile Services sebagai ekosistem menggantikan Google.

Agak mengecewakan apabila jangkaan awal kami tentang harganya di bawah RM500 adalah jauh tersasar. Pesaingnya dalam kategori ini ialah Realme C3 dengan cip Helio G70 berharga RM499, atau Redmi 9 yang menggunakan cip Helio G80 berharga RM449 sahaja. Jika anda mahu storan besar dengan harga lebih murah, anda boleh dapatkan Wiko View 4 Lite berharga RM399 yang ada storan 64GB.

Tags: honorHonor 9A
Najib

Najib

POPULAR

Proton e.MAS 5: Harga anggaran RM60K – RM80K, dua varian kini boleh ditempah

Proton e.MAS 5: Harga anggaran RM60K – RM80K, dua varian kini boleh ditempah

7 October 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025

Honor 9A tiba dengan bateri dan storan besar serta harga kecil

23 June 2020
Tesla Malaysia umum promosi akhir sebelum pengecualian cukai EV tamat

Tesla Malaysia umum promosi akhir sebelum pengecualian cukai EV tamat

13 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER