Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Telefon Pertama Wiko Di Malaysia Untuk 2020 Ialah Yang Berharga RM399

Wiko sememangnya sinonim dengan produk harga patut. Untuk tahun 2020, mereka mulakan langkah kaki dengan pengenalan Wiko View 4 Lite. Ia adalah produk mampu milik yang tentu sekali sesuai buat pengguna kasual yang perlukan sebuah telefon dalam bentuk asas. Saya katakan sedemikian sebab harganya sangat lumayan pada RM399 sahaja.

Tak terkesan dengan arus modenisasi yang terlalu pantas masa ini, Wiko kekal dengan rekaan konvensional. Di bahagian muka ada takuk berbentuk V untuk menempatkan kamera selfie 5MP. Masih di bahagian muka, telefon ini miliki paparan sebesar 6.52” pada resolusi 720p.

Bahagian belakang Wiko 4 Lite menerima konfigurasi dwikamera, satu daripadanya ialah kamera 13MP dan kamera sekundernya digunakan untuk simulasi bokeh.

Mengendalikan segala tugas pengkomputeran telefon ini ialah SoC MediaTek Helio A25. Menurut pengeluar cip ini, Helio A25 ialah cip okta-teras ultra-cekap. Berbanding cip pesaing, ia 38% lebih cekap tenaga hasil penggunaan litografi 12nm TSMC untuk membinanya.

SoC yang cekap tenaga itu digandingkan bersama bateri yang besar kapasitinya. Hayat penggunaan telefon ini tentu sekali lama dengan sejumlah 4,000mAh yang dibekalkan bersamanya. Namun, telefon ini tiada pengecasan pantas dan dicas melalui port mikro-USB di bahagian dagunya.

Pada harga RM399, anda terima sebuah gajet yang miliki RAM sebesar 2GB dan storan sebesar 64GB. Storannya boleh diperluas menggunakan kad mikro-SD.

Sekiranya anda ingin miliki seunit Wiko View 4 Lite, ia akan mula dijual pada 17 Mac 2020 secara dalam talian. Jangan khuatir, ada promosi yang akan dijalankan antara 17 hingga 19 Mac 2020 di platform Lazada yang mungkin bolehkan anda beli telefon ini pada harga RM1.

Seunit Wiko View 4 Lite berharga RM1 akan ditawarkan bila gedung Wiko di Lazada terima 3,900 pengikut, manakala dua unit lagi akan ditawarkan bila pengikut mencapai 4,500.

BACA  COVID-19: PKPB di seluruh Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya bermula 14 Oktober 2020