• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Wiko lancar telefon pintar termurah dengan Android terkini

  • OLEH Najib
  • 3:49 pm
  • 26/06/2020
  • Komen
Wiko lancar telefon pintar termurah dengan Android terkini
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda mencari telefon pintar termurah dan boleh berfungsi dengan baik, anda boleh mendapatkan telefon pintar terbaru dari Wiko. Wiko Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan telefon pintar Wiko Y61, berharga hanya RM299.

Wiko Y61 menjalankan sistem operasi Android 10 Go Edition, jadi ia dioptimasi untuk menjalankan pelbagai aplikasi Google yang direka untuk telefon berprestasi rendah. Antara aplikasi tersebut ialah Camera Go untuk mengambil gambar, Gallery Go untuk melihat koleksi gambar dan Lens Go untuk terjemahan perkataan. Jadi, pengguna boleh menikmati pelbagai fungsi pintar dengan lancar. Ia juga dilengkapi butang khas di kiri, untuk melancarkan Google Assistant dengan pantas.



Dengan harga di bawah RM300, sememangnya ia hadir dengan prestasi cukup makan. Kuasanya digerak menggunakan cip Mediatek Helio A22, bersama RAM 2GB dan storan dalaman 32GB. Ia sedia menerima kad mikroSD sehingga 256GB untuk storan tambahan.

Telefon ini hanya ada dua kamera. Kamera belakangnya 8MP manakala kamera hadapan 5MP. Skrinnya berukuran 5.99-inci, dengan resolusi qHD iaitu 960×480. Bateri pula 3,000mAh dan mengecas melalui port mikroUSB.



Walaupun harganya murah, ia memiliki semua sambungan yang diperlukan seperti WiFi, Bluetooth 4.2 dan jek audio 3.5mm. Terdapat 3 warna boleh dipilih untuk Y61 iaitu kelabu, hijau dan emas.

Seperti semua peranti Wiko yang lain, telefon pintar Wiko Y61 datang dengan jaminan selama 1 tahun dan penggantian 1-ke-1 dalam masa 120 hari. Tawaran penggantian ini jarang dapat dilihat pada jenama lain.

Wiko turut memberikan hadiah percuma untuk pembelian Wiko Y61 sebelum 7 Julai 2020. Senarai pengedar sah Wiko boleh dirujuk di sini.

Tags: WikoWiko Y61
Najib

Najib

POPULAR

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Wiko lancar telefon pintar termurah dengan Android terkini

Wiko lancar telefon pintar termurah dengan Android terkini

26 June 2020
Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

8 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN