• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple bayar Samsung hampir USD1 bilion kerana jualan iPhone tidak capai sasaran

  • OLEH Najib
  • 2:07 pm
  • 15/07/2020
  • Komen
Apple bayar Samsung hampir USD1 bilion kerana jualan iPhone tidak capai sasaran
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung telah mengeluarkan laporan pendapatan mereka untuk suku kedua 2020 pada minggu lepas. Secara keseluruhan, Samsung mencatatkan penurunan keuntungan pada semua bahagian, kecuali di perniagaan paparan. Bahagian ini mencatatkan satu kali peningkatan keuntungan, tetapi tidak dijelaskan pendapatannya.

Penganalisa mendapati, keuntungan bahagian paparan Samsung ini disumbang oleh Apple. Perunding dari Display Supply Chain (DSCC) mendapati, Apple telah membayar sekitar USD950 juta kepada Samsung, akibat tidak memenuhi sasaran penjualan panel OLED yang dihasilkan Samsung. Apple menggunakan panel OLED Samsung untuk iPhone.



Sumber: DSCC

Penjualan iPhone yang tidak mencapai sasaran ini telah diketahui ramai, akibat wabak COVID-19. Apple terpaksa menutup banyak kedai di seluruh dunia selama beberapa bulan, untuk mengelakkan penyebaran virus ini. Malah, masih ada kedai Apple yang masih belum dibuka sehingga kini.

Laporan itu menjelaskan lagi, Apple tidak dapat memenuhi sasaran jualan iPhone, sekaligus tidak membuat tempahan panel OLED dari Samsung seperti dijanjikan. Ini menyebabkan Apple terpaksa membayar pampasan kepada Samsung.



Perkara ini bukan pertama kali buat Apple. Pada tahun 2019, Apple telah membayar Samsung sebanyak USD683 juta akibat yang sama, tidak memenuhi sasaran jualan iPhone. Ia akibat jualan yang teruk di China dan beberapa negara lain pada akhir tahun 2018.

Apple cuba mengatasi masalah itu awal tahun ini, dengan memperkenalkan promosi tukar beli, penurunan harga dan pembayaran ansuran. Ia terbukti telah membantu meningkatkan jualan Apple sebelum wabak COVID-19 melanda dunia selepas itu.

Sumber: MacRumors

Tags: applesamsung
Najib

Najib

POPULAR

Apple bayar Samsung hampir USD1 bilion kerana jualan iPhone tidak capai sasaran

Apple bayar Samsung hampir USD1 bilion kerana jualan iPhone tidak capai sasaran

15 July 2020
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN