Oppo telah mengumumkan teknologi pengecasan yang mampu mencapai 125W. Perkara ini sangat menarik kerana bukan saja blok pengecas tersebut boleh digunakan untuk mengecas telefon, malahan untuk laptop juga.
Here’s a first look at 125W Flash Charge technology in action. It can fully charge a 4,000mAh battery in 20 minutes. ? #FlashForward pic.twitter.com/EWtfGcsL4m
— OPPO (@oppo) July 15, 2020
Ia hampar dua kali ganda lebih berkuasa berbanding SuperVOOC 2.0 65W yang boleh ditemui pada produk seeprti Oppo Find X2. Tidak diketahui mengapa Oppo tak gunakan terma SuperVOOC tapi teknologi kali ini mengguna pakai kabel USB-C ke USB-C yang lebih universal.
Bukan itu sahaja, menurut Oppo, ia juga menyokong piawaiaan SuperVOOC sebelum ini beserta sejumlah protocol yang lain. 4 protokol yang disokongnya ialah seperti:
- SuperVOOC 65W
- VOOC 30W
- PD 65W
- QC36W
Teknologi baharu ini kata pembangunnya ada kadar pengecasan pada tahap 20V dan 6.25A tapi masih boleh dipakejkan dalam blok pengecas bersaiz biasa. Tapi, yang bijak ialah cara 125W itu disalurkan kepada telefon secara selamat.
Voltan dan arus yang diterima telefon akan dipecahkan kepada tiga litar selari. Setiap litar hanya perlu memproses 42W (20V, 2.1A) yang bermakna haba yang terhasil lebih mudah untuk dikawal selia.
Semasa diuji, Oppo melaporkan yang suhu peranti kekal di bawah 40 darjah Celcius sepanjang proses mengecas.
Ada beberapa komponen keselamatan yang diterapkan pada system pengecasan sebegini oleh Oppo. Yang pertama, ada 10 sensor bertebaran antara pengecas dan telefon untuk memantau proses mengecas.
Kemudian, ada juga pemeriksaan keselamatan 5 tahap dilakukan semasa penghasilan bateri. Pada kabel, ada perlindungan fuse serta penyulitan e-Marler yang hanya mengaktifkan pengecasan 125W sekiranya pengecas mengesan kabel yang sesuai.
Oppo tidak pula memberitahu bilakah teknologi ini akan menemui pengguna dan telefon manakah bakal memanfaatkannya.