• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nvidia “risik” untuk ambil alih keseluruhan ARM Holdings daripada Softbank

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:43 pm
  • 23/07/2020
  • Komen
Nvidia “risik” untuk ambil alih keseluruhan ARM Holdings daripada Softbank
Share on FacebookShare on Twitter

Tak kiralah anda gunakan telefon dengan SoC Snapdragon, Mediatek, mahupun Kirin, semuanya menggunakan ‘resepi’ ARM Holdings. Mereka ialah syarikat yang bertanggungjawab menghasilkan tatacara penghasilan cip SoC.

ARM Holdings ialah anak syarikat Softbank Group Corp.

Berita terbaru tentang ARM ialah Nvidia kini sedang berkira-kira untuk mengambil alih sepenuhnya ARM Holdings sungguhpun masih belum ada tawaran didedahkan secara rasmi. Tapi bagaimanakah Nvidia tergerak untuk bertindak sedimikian bertitik tolak daripada berita 21 Mei 2020.



Nvidia seperti tak terkesan dengan COVID-19, saham mereka melonjak

ARM Holdings ialah anak syarikat kepada SoftBank Group Corp. Mereka dilaporkan berhajat untuk menjual 5% pegangan saham mereka dalam ARM Holdings pada nilaian USD2.9 billion bagi meringankan impak COVID-19 terhadap Softbank.

Mana taknya, satu lagi anak syarikat Softbank, Vision Fund, yang mengelolakan modal entiti itu dilaporkan kerugian hampir USD18 billion dalam tahun fiskal lalu.



Softbank turut bertanyakan Apple sama ada mereka berminat

Menyedari tentang masalah Softbank itu, mungkin Nvidia ingin mengambil peluang atas keterdesakan tersebut.

Softbank mengambil alih ARM Holdings dalam bulan September 2016 pada nilaian USD31 billion. Penganalisis menjangkakan yang jika menjadi realiti, nilaian sekitar USD40 hingga USD45 billion akan bertukar tangan.

Dalam masa yang sama, Softbank turut khabarnya mencuit Apple untuk bertanyakan sama ada mereka berminat untuk miliki sebahagian daripada ARM Holdings.

Sumber

Tags: applearmarm holdingsNvidiasoftbank
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Nvidia “risik” untuk ambil alih keseluruhan ARM Holdings daripada Softbank

Nvidia “risik” untuk ambil alih keseluruhan ARM Holdings daripada Softbank

23 July 2020
BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

23 June 2026
Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

24 June 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

30 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN