• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

5 peranti baru Samsung akan muncul di acara Unpacked 2020 minggu hadapan

  • OLEH Najib
  • 10:55 am
  • 28/07/2020
  • Komen
5 peranti baru Samsung akan muncul di acara Unpacked 2020 minggu hadapan
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung akan mengadakan satu majlis pelancaran yang diberi nama “Galaxy Unpacked 2020“, yang akan berlangsung pada 5 Ogos 2020. Majlis pelancaran ini akan diadakan secara dalam talian sahaja, memandangkan wabak COVID-19 masih belum reda.

Bagi menarik minat orang ramai, Samsung baru-baru ini telah memuat naik satu video rasmi berkaitan acara pelancaran tersebut. Di akhir video itu, terdapat penampilan samar tentang produk yang akan dilancarkan nanti dan ia nampaknya mudah diteka.



Dari pelbagai berita yang dibocorkan sebelum ini, kita telah mengetahui bahawa Samsung akan melancarkan telefon pintar terbaru dari siri Note, iaitu Galaxy Note 20. Selain itu, video ini turut menampilkan 4 lagi peranti.

Dari khabar angin yang telah tersebar sebelum ini, peranti tersebut ialah tablet Galaxy Tab S7, fon kepala TWS Galaxy Buds Live, jam pintar Galaxy Watch 3 dan telefon pintar dengan skrin boleh lipat Galaxy Z Fold 2.



Galaxy Note 20. Sumber: WinFuture

Dalam video ini juga dapat dilihat bahawa acara Galaxy Unpacked ini nanti akan bercerita tentang “kisah yang tak didendang” dari sisi pembangun, pereka, dan pencipta dari Samsung Digital City, iaitu ibu pejabat Samsung di Korea Selatan.

Kepada peminat, anda boleh menyaksikan acara ini secara langsung pada 5 Ogos 2020, jam 10 malam waktu Malaysia di laman web Samsung Malaysia. Dijangkakan bahawa tempahan awal untuk Galaxy Note 20 akan diumumkan sejurus selepas majlis pelancaran ini tamat.

Sumber: Samsung

Tags: samsungsamsung galaxy note 20Samsung Galaxy Unpacked
Najib

Najib

POPULAR

5 peranti baru Samsung akan muncul di acara Unpacked 2020 minggu hadapan

5 peranti baru Samsung akan muncul di acara Unpacked 2020 minggu hadapan

28 July 2020
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN