Di helaian spesifikasi, ROG Phone 3 dimaklumkan pengeluarnya yang ia miliki paparan OLED dengan kadar segar semula 144Hz. Dalam dunia telefon pintar, ia adalah atara yang tertinggi setakat ini. Tapi, ada pengguna yang menemui rahsia disebalik kod aturcara sistem operasi Android yang dijalankan telefon itu.
Dalam banyak-banyak kod arahan Android Debug Bridge, ada satu kod ini membuang pengehad refresh rate paparan ROG Phone 3. Apabila diaktifkan, ia memacu paparan telefon naik kepada 160Hz, yang tertinggi dalam telefon pintar setakat ini walaupun tak secara rasmi.
Faktor kestabilan ataupun hayat bateri mungkin jadi sebab utama mengapa Asus tidak memasukkan saja 160Hz sebagai tetapan default telefon ini. Tambahan pula hampir tiada aplikasi di Play Store sekarang menyokong paparan setinggi itu. Yang Adapun cumalah pada 144Hz seperti 1945 Air Force, Mortal Kombat, dan Death Trigger 2.
ROG Phone 3 diumumkan secara rasmi pada 23 Julai 2020 yang lalu. Walaupun rupa fizikalnya tak banyak berubah, bahagian dalamnya terima naik taraf yang baik.
Ia ada SOC Snapdragon 865+ dengan RAM sehingga 16GB. Paparannya kekal pada 6.59” tapi refresh rate telah dipertingkat kepada 144Hz daripada 120Hz. Menguasakan telefon ini adalah sekeping bateri berkapasiti 6,000mAh dengan pengecasan pantas 30W.