• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

ROG Phone 3, set rasmi Malaysia vs set China, apa yang lebih dan kurang?

  • OLEH Najib
  • 1:42 pm
  • 30/07/2020
  • Komen
ASUS ROG Phone 3 tiada pembaharuan, hanya naik taraf perkakas sedia ada
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon pintar gaming terhebat dari Asus iaitu ROG Phone 3, telah selamat dilancarkan minggu lepas. Bagaimanapun, penjualannya di Malaysia dilaporkan bermula sekitar pertengahan bulan September.

Sementara itu, penjualan di China telah dibuat lebih awal dan dilihat berharga lebih murah. Dijangka beberapa penjual di Malaysia akan membawa masuk set import China ROG Phone 3, untuk mereka yang berminat menjadi terawal memilikinya, sebelum set rasmi Malaysia dijual. Untuk rujukan, harga ROG Phone 3 di China adalah seperti berikut:



  • ROG Phone 3 Strix (SD865, 12GB+128GB) – RMB 3,999 (~RM 2,423)
  • ROG Phone 3 (SD865+, 12GB+128GB) – RMB 4,299 (~RM 2,605)
  • ROG Phone 3 (SD865+, 12GB+256GB) – RMB 4,699 (~RM 2,848)

Tetapi terdapat banyak perbezaan antara set China dan set Malaysia. Perkara ini dijelaskan oleh Asus Malaysia agar pembeli tidak keliru kelak, mengapa telefon ROG Phone 3 dari China tidak sama seperti yang dilancarkan di Malaysia pada bulan September nanti.

Untuk versi termurah yang dipanggil Strix Edition, set China dan Malaysia kedua-duanya menggunakan cip yang sama, Snapdragon 865. Set China akan dipasang RAM 12GB dan storan 128GB sahaja, berbeza dengan set Malaysia yang dibekalkan RAM 8GB dan storan lebih besar 256GB. Perbezaan terbesar adalah pada aksesori dan kotaknya.



Untuk set China, kotaknya berbentuk empat segi dan ada kabel biasa di dalamnya. Sementara set Malaysia, ia datang dengan kotak berbentuk prisma yang lebih besar, bersama aksesori tambahan seperti kabel bersirat USB-C ke USB-C, penutup getah untuk port sisi serta kipas penyejuk AeroActive Cooler Fan. Lebih penting lagi, set Malaysia dijamin oleh Asus Malaysia selama setahun.

  • AeroActive Cooler Fan
  • kabel bersirat USB-C ke USB-C
  • Kotak prisma enam segi

Bagi edisi yang lebih mahal, ia diperkasa cip Snapdragon 865+ dengan kelajuan lebih tinggi. Set Malaysia memiliki lebih banyak kelebihan, seperti RAM lebih besar sehingga 16GB, serta storan lebih besar 512GB. Lebih penting lagi, set Malaysia akan menyokong lebih banyak jalur 2G, 3G, 4G dan 5G yang sesuai digunakan di Malaysia, berbanding set China dengan jalur terhad. Ini mungkin menjadikan kelajuan internet lebih perlahan serta masalah liputan.

Seperti Strix Edition tadi, set Malaysia ini turut hadir dengan kotak enam segi lebih besar, penutup getah untuk port sisi, kipas penyejuk AeroActive Cooler Fan dan dijamin oleh Asus Malaysia selama setahun.

Tetapi dengan lebih banyak kelebihan ini, mungkin menjadikan harga set rasmi Malaysia lebih mahal. Asus Malaysia telah memberi petunjuk bahawa ROG Phone 3 akan diberikan tanda harga yang hampir serupa dengan model sebelumnya. Untuk rujukan, harga ROG Phone 2 ketika dilancarkan tahun lepas adalah:

  • ROG Phone 2 Strix (SD855, 8GB+128GB) – RM 2,499
  • ROG Phone 2 (SD855+, 12GB+512GB) – RM 3,499
  • ROG Phone 2 (SD855+, 12GB+1TB) – RM 4,499

Set termahal di China, apabila ditukar ke matawang Malaysia masih tidak mencecah RM3,000. Bagaimanapun harus disedari bahawa RAM dan storannya sangat kecil.

Jadi kalau anda mahu beli set China kelak, pastikan anda telah jelas bahawa ia ada banyak kekurangan berbanding set Malaysia. Paling penting, set China tidak dijamin oleh Asus Malaysia.

Sebagai gamer tegar, set rasmi Malaysia memberikan pengalaman bermain game mudah alih yang lebih mengasyikkan. Tetapi pilihan di tangan anda. Tepuk dada, jangan lupa tanya poket dan dompet.

Untuk mengenali ROG Phone 3 dengan lebih lanjut, rujuk ke laporan awal kami di sini.

ASUS ROG Phone 3 tiada pembaharuan, hanya naik taraf perkakas sedia ada
Tags: asusASUS ROG Phone 3
Najib

Najib

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
ASUS ROG Phone 3 tiada pembaharuan, hanya naik taraf perkakas sedia ada

ROG Phone 3, set rasmi Malaysia vs set China, apa yang lebih dan kurang?

30 July 2020
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER