• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

8 fakta menarik siri Samsung Galaxy Note 20

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:04 pm
  • 06/08/2020
  • Komen
Hands-on Samsung Galaxy Note 20 Ultra: Di mana silapnya?
Share on FacebookShare on Twitter

Acara Samsung Unpacked 2020 menyaksikan pelancaran beberapa produk baru gergasi Korea Selatan itu. Mereka ada Galaxy Note 20, Galaxy Tab S7, Galaxy Watch 3, Galaxy Buds Live, dan Galaxy Z Fold2.

Siri Galaxy Note 20 adalah antara yang terawal tiba di Malaysia. Kempen tempahan untuk milikinya sudahpun berjalan kurang 24 jam daripada Unpacked 2020. Berikut adalah 8 benda menarik tentang siri Galaxy Note 20.



1. Telefon Galaxy Note pertama untuk orang kidal

Pertama kali dalam sejarah siri Galaxy Note, perumah stailus diletakkan di bahagian kiri telefon. Kedudukan butang kawalan bunyi dan kuasa juga berubah dan kini di bahagian kanan.

2. Sejumlah Air Gesture Baru untuk S Pen

Komponen ikonik Galaxy Note adalah S Pen. Stailus pada Galaxy Note ditambah baik setiap generasi. Untuk tahun ini, latensinya berjaya diturunkan ke 9ms untuk pengalaman menulis seakan sebenar.



Malah, ada beberapa jenis Air Gesture yang baru boleh anda gunakan untuk kawal telefon seperti melancarkan halaman Recent App, balik ke Home, dan sebagainya.

3. Samsung DeX dah tak perlukan kabel

Samsung DeX adalah salah satu ciri produktiviti yang terkenal pada siri Galaxy Note. Ia menukarkan telefon anda menjadi seperti sebuah komputer untuk mudahkan kerja anda. Dulu, anda perlukan dock khas ataupun kabel HDMI untuk disambung kepada paparan yang lebih besar.

Kemas kini kali ini membolehkan Samsung DeX diaktifkan hanya menggunakan Sambungan Wi-Fi.

4. Tetap diperkasa SoC Exynos

Biasanya, siri Galaxy Note akan diberikan cip satu generasi kedepan berbanding Galaxy S tahun yang sama. Tapi untuk tahun 2020, Samsung tetap gunakan Exynos 990 pada semua flagship 2020 mereka.

Bukan itu saja, walaupun terdapat khabar angin tentang edisi Exynos hanya akan dihadkan untuk kegunaan di Korea saja dan dalam pasaran lain diberikan Snapdragon, nampaknya kahabar angin tersebut tak benar.

5. Sokongan mikro-SD masih ada tapi hanya di Ultra

Agak pelik kenapa versi yang lebih murah tidak menyokong slot mikro-SD. Hal ini kerana kesemua telefon ini ada ruang penyimpanan yang sama iaitu 256GB. Slot tersebut mampu menampung kad sebesar 1GB.

6. Fizikaliti yang nyata berbeza antara Galaxy Note 20 Ultra dengan Galaxy Note 20

Materi bahan yang digunakan pada kedua-dua telefon sangat berbeza. Walaupun saiz lebihkurang sama, hanya versi Ultra diberikan paparan melengkung Dynamic AMOLED 2X sedangkan Note 20 hanya ada Super AMOLED yang diwarisi daripada Galaxy Note 10 Lite.

A picture containing computer

Description automatically generated

Kalau anda perhatikan Galaxy Note10 dan 10+, mereka asasnya telefon yang sama daripada segi luaran. Kedua-duanya gunakan paparan Infinity-O dengna bahaigan melengkung di bahagian sisi.

A picture containing electronics, monitor, device, computer

Description automatically generated

7. Dilengkapi Corning Gorilla Glass Victus

Galaxy Note 20 Ultra adalah yang pertama menggunakan kaca Corning Gorilla Victus. Kata pembangunnya, kaca kali ini tahan retak daripada jatuhan setinggi 2 meter dan juga dua kali ganda lebih tahan daripada.

Tidak dinyatakan oleh Samsung secara khusus, ia sekurang-kurangnya melindungi bahagian paparan telefon. Kerana bahagian belakang memang menggunakan kaca Corning, tapi versi Gorilla yang mana satu tidak diumumkan.

Galaxy Note 20 macam sengaja dicacatkan Samsung. Tiada laporan penggunaan kaca Gorilla Glass Victus padanya. Bahagian belakang pula adalah plastik.

8. Ini adalah Galaxy Note paling mahal setakat ini

Harga permulaan siri Galaxy Note 20 sudahpun melangkaui harga permulaan Galaxy Note 10. Lebih menarik, ini adalah Galaxy Note pertama melangkaui paras harga RM5,199.

Senarai harga pelancaran setiap Galaxy Note di Malaysia

Berikut adalah harga jualan siri Galaxy Note 20:

  • Galaxy Note 20 (LTE) – RM3,899
  • Galaxy Note 20 (5G) – RM4,299
  • Galaxy Note 20 Ultra – RM5,199
Tags: samsungsamsung galaxysamsung galaxy notesamsung galaxy note 20Samsung galaxy note 20 ultra
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Hands-on Samsung Galaxy Note 20 Ultra: Di mana silapnya?

8 fakta menarik siri Samsung Galaxy Note 20

6 August 2020
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER