• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Hotlink ceroboh jajahan pascabayar dengan Hotlink Postpaid Flex

  • OLEH Najib
  • 5:12 pm
  • 26/02/2018
  • Komen
Hotlink ceroboh jajahan pascabayar dengan Hotlink Postpaid Flex
Share on FacebookShare on Twitter

Hotlink memang dikenali ramai sebagai pelan prabayar di bawah Maxis. Tetapi hari ini Hotlink mahu mengubah stigma tersebut apabila melancarkan pelan pascabayar mereka sendiri, Hotlink Postpaid Flex.

Sebagai pelan pascabayar, pelanggan akan menerima bil setiap bulan. Hanya satu pelan ditawarkan, iaitu RM30 sebulan yang memberi pengguna panggilan dan SMS tanpa had, serta 1GB internet berkelajuan pantas.



Tetapi seperti namanya, Hotlink Postpaid Flex membenarkan pelanggan membeli pek tambahan dan mengubahnya setiap bulan. Antara pek tambahan yang ditawarkan adalah 1GB data RM10, 5GB data RM25, pek Unlimited Social RM10, pek Unlimited Music RM10 dan pek Unlimited Chat RM5.

Data internet ini boleh dikongsi melalui Hotspot tanpa caj tambahan dan sekatan. Malah, pek Unlimited turut boleh dikongsi, tetapi kelajuannya dihadkan ke 5Mbps.



Tawaran Hotlink Postpaid Flex ini memang sangat menarik bagi mereka yang mahukan panggilan dan SMS tanpa had, dengan penggunaan internet minima. Dengan serendah RM30 sebulan, ia adalah pelan panggilan tanpa had antara termurah di Malaysia.

Jika anda kehabisan kuota internet pantas, anda masih boleh menggunakan internet tetapi dengan kelajuan disekat ke internet asas.

Pelan Hotlink Postpaid Flex ini terbuka kepada semua. Bagi pelanggan Hotlink sedia ada, mereka boleh bertukar ke Hotlink Postpaid Flex dan membawa baki kredit prabayar ke dalam bil. Tetapi pengguna Maxis tidak boleh bertukar ke Hotlink Postpaid Flex ini. Sebaliknya pengguna Hotlink Postpaid Flex boleh bertukar ke pelan Maxis.

Sekilas pandang, Hotlink Postpaid Flex ini amat menyerupai ookyo. Ini kerana ookyo juga menawarkan pelan asas RM30 dengan pilihan pek tambahan pelbagai aplikasi untuk internet tanpa had. Jadi, adakah Hotlink sebenarnya mencabar jajahan pascabayar Maxis dengan tawaran sama seperti ookyo?

Jika berminat untuk mendaftar Hotlink Postpaid Flex, anda boleh mengunjungi mana-mana pengedar Hotlink, Pusat Maxis di seluruh Malaysa ataupun secara dalam talian. Maklumat lanjut tentang pelan ini boleh dirujuk di laman web Hotlink Postpaid Flex.

Tags: hotlinkHotlink PostpaidHotlink Postpaid FlexmaxisPascabayar Hotlink
Najib

Najib

POPULAR

Hotlink ceroboh jajahan pascabayar dengan Hotlink Postpaid Flex

Hotlink ceroboh jajahan pascabayar dengan Hotlink Postpaid Flex

26 February 2018
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

4 August 2026
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

3 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN