• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Refresh Rate Galaxy Note 20 Ultra boleh turun sehingga 10Hz dan ini rasionalnya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:42 am
  • 13/08/2020
  • Komen
Hands-on Samsung Galaxy Note 20 Ultra: Di mana silapnya?
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum anda mula “bash” siri Galaxy Note 20 Ultra sebab harga mahal dan tak bawakan perubahan ketara pada bahagian hardware, ada satu naik taraf yang tak dapat anda lihat dengan mata kasar. Perubahan yang dimaksudkan adalah pada bahagian paparan Galaxy Note 20 Ultra.

Walaupun dia ada refresh rate 120Hz sama macam Galaxy S20 Ultra, ia ada satu teknologi baru yang dipanggil Variable Refresh Rate (VRR). Teknologi itu membolehkan telefon ini menetapkan kadar segar semula paparan mengikut kesesuaian aktiviti yang sedang dijalankan.



Memang telefon lain ada fungsi tersebut, tapi ia dihadkan oleh paparannya. Panel Dynamic AMOLED 2X phablet ini mampu turun sehingga 10Hz ataupun 800% kali ganda lebih rendah. Kenapa nak turun sedangkan orang lain dah pergi ke 144Hz?

Menurut Samsung, ia nyata menjimatkan tenaga. Kalau di telefon lain, apabila melihat imej statik, refresh rate paparan kekal pada 60Hz atau pun 120Hz. Tapi dengan 10Hz, ia Cuma guna 60% tenaga berbanding yang lain, lantas diterjemah kepada penggunaan tenaga yang lebih cekap.



Secara keseluruhannya, panel paparan Galaxy Note 20 Ultra ada empat tetapan semuanya. Ia boleh berada di paras 120Hz, 60Hz, 30Hz, dan 10Hz, mengikut gaya penggunaan anda.

Sumber

Tags: samsungsamsung galaxysamsung galaxy noteSamsung galaxy note 20 ultra
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Hands-on Samsung Galaxy Note 20 Ultra: Di mana silapnya?

Refresh Rate Galaxy Note 20 Ultra boleh turun sehingga 10Hz dan ini rasionalnya

13 August 2020
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

24 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN