• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Dapatkan TV 4K 50” percuma dengan pembelian Galaxy Note 20

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:02 am
  • 19/08/2020
  • Komen
Dapatkan TV 4K 50” percuma dengan pembelian Galaxy Note 20
Share on FacebookShare on Twitter

Lekas cari “kaki” dan berpakat untuk beli sekurang-kurangnya Galaxy Note 20 yang berharga RM3,899 kerana dengan pembelian tersebut, anda boleh tebus sebuah TV 4K Samsung bersaiz 50” percuma yang bernilai RM2,599. Jadi anda bolehlah bahagi sama rata lebih kurang RM1,950 seorang.

Promosi ini terpakai untuk semua model Galaxy Note 20 iaitu:



Galaxy Note 20 (LTE) – RM3,899
Galaxy Note 20 5G – RM4,299
Galaxy Note 20 Ultra 5G – RM5,199

Galaxy Note 20 Ultra (kiri) dan Galaxy Note 20 (kanan)

Promosi TV ini selagi stok masih ada

Pemberian ini agak unik kerana setakat ini hanya pasaran Malaysia sahaja yang mengadakannya. Ia muncul dalam laman web kempen Galaxy Note 20. Sebanyak 1,200 TV disediakan dan boleh mula ditebus bermula 10 pagi 23 Ogos 2020.



Samsung tidak nyatakan apakah model TV yang akan mereka berikan. Carian ringkas di laman rasmi mereka tidak menyenaraikan apa-apa TV 50” yang ada resolusi 4K UHD pada harga RM2,599. Mungkin ia dibawa masuk daripada pasaran lain khas untuk promosi ini.

Perkara yang diperlukan semasa penebusan:

  • Akaun Samsung Online
  • Resit pembelian
  • IMEI telefon

Satu lagi perkara yang anda perlu tahu adalah hanya satu TV boleh ditebus untuk setiap alamat penghantaran.

Terma & Syarat bahagian 1
Terma & Syarat bahagian 2

Bekas pensterilan UV dan pengecas wayarles

Selain TV, anda juga boleh terima bekas pensterilan UV untuk gajet-gajet kecil macam telefon dan juga pengecas wayarles yang bernilai RM508 sekiranya pembelian dilakukan antara 21 Ogos hingga 31 Oktober 2020. Sebanyak 29,000 unit disediakan di seluruh negara.

Potongan 20% untuk aksesori dan promosi tukar beli

Sedang cari casing yang sesuai untuk Galaxy Note 20? Ada promosi potongan 20% untuk aksesori sehingga 13 September 2020 dalam bentuk Purchase-with-Purchase(PWP) terhad kepada 2 aksesori pertama.

Ada juga tawaran tukar beli untuk anda tukar telefon lama dengan yang baru. Promosi ini berjalan sehingga 31 Oktober 2020. Mereka tawarkan rebat sehingga RM4,005 untuk iPhone 11 Pro Max dan banyak lagi telefon yang diterima bergantung pada model dan keadaannya semasa tukar beli.

Layari laman rasmi promosi untuk maklumat lanjut.

Tags: promosamsungsamsung galaxysamsung galaxy notesamsung galaxy note 20Samsung galaxy note 20 ultra
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Dapatkan TV 4K 50” percuma dengan pembelian Galaxy Note 20

Dapatkan TV 4K 50” percuma dengan pembelian Galaxy Note 20

19 August 2020
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER