• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Dua produk Xiaomi yang tidak pernah dijual di Malaysia akan tiba tidak lama lagi

  • OLEH Najib
  • 2:54 pm
  • 21/08/2020
  • Komen
Dua produk Xiaomi yang tidak pernah dijual di Malaysia akan tiba tidak lama lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi Malaysia menerusi utusan di media sosial, menyatakan akan menjual dua produk baru mereka di Malaysia iaitu monitor lengkung gaming 34-inci dan pencetak foto mudah alih. Sebelum ini, Xiaomi Malaysia tidak pernah menjual monitor dan pencetak, secara rasmi di Malaysia.

Kedua-dua produk ini akan dijual di Malaysia bermula 24 Ogos 2020. Tidak dinyatakan sama ada ia akan terdapat secara online atau offline.



Mi Curved Gaming Monitor 34″

Monitor ini memiliki paparan VA melengkung berukuran 34-inci dalam nisbah 21:9, dengan resolusi WQHD 3440×1440. Ia memiliki gamut warna sRGB1212%, tahap kecerahan sehingga 300 nits dan nisbah kontras 3000:1. Dengan tahap melengkung 1500R, ia dikatakan menepati tahap pandangan manusia biasa.

Sebagai monitor gaming, ia memiliki kadar penyegaran setinggi 144Hz dengan masa respon 4ms. Selain itu, ia juga menyokong teknologi AMD FreeSync. Untuk sambungan, ia dilengkapi dua port HDMI dan dua Display Port 1.4, bersama jek audio 3.5mm.



Di Eropah, monitor ini telah dijual pada harga EUR 399 (~RM1,977). Dijangka harga jualan di Malaysia akan berada di bawah RM2,000.

Mi Portable Photo Printer

Badan kompak pencetak foto mudah alih ini kelihatan mirip dengan pencetak FujiFilm Instax. Ia menggunakan teknologi Zero Ink atau ZINK dan mampu menyimpan sehingga 10 helai kertas cetakan dalam satu masa.

Pencetak ini boleh mencetak gambar foto dalam resolusi 313×400 dan mengambil masa sehingga 45 saat untuk mencetak penuh foto. Bateri di dalamnya sebesar 500mAh dan mengecas melalui mikroUSB. Ia boleh mencetak sehingga 20 foto dengan sekali cas penuh.

Pencetak ini boleh dikawal dari telefon pintar menggunakan aplikasi Mijia dan ia berhubung secara Bluetooth 5.0. Di China, pencetak ini telah dijual pada harga RMB 349 (~RM211).

Sumber: Xiaomi

Tags: Mi Curved Gaming MonitorMi Portable Photo Printerxiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Dua produk Xiaomi yang tidak pernah dijual di Malaysia akan tiba tidak lama lagi

Dua produk Xiaomi yang tidak pernah dijual di Malaysia akan tiba tidak lama lagi

21 August 2020
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

30 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN