• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Netflix kini boleh dinikmati sepenuhnya di dalam Bahasa Melayu

  • OLEH Najib
  • 8:14 am
  • 28/08/2020
  • Komen
Netflix kini boleh dinikmati sepenuhnya di dalam Bahasa Melayu
Share on FacebookShare on Twitter

Netflix hari ini mengumumkan penambahan Bahasa Melayu ke dalam sari kata, alih suara serta anataramuka perkhidmatan strim video mereka. Rakyat Malaysia di dalam dan luar negara, kini boleh menggunakan Bahasa Melayu untuk menonton rancangan kegemaran di dalam Netflix.

Pilihan Bahasa Melayu memberi lebih banyak fleksibiliti kepada keluarga. Untuk antaramuka, penukaran ke Bahasa Melayu boleh dibuat melalui menu pilihan Bahasa, di bahagian ‘Pengurusan Profil’ di dalam komputer peribadi, TV atau pelayar mudah alih mereka. Sari kata dan alih bahasa, jika ada, boleh dipilih semasa kandungan dimainkan.



Rancangan dan filem Netflix kegemaran pengguna di Malaysia seperti Money Heist, Stranger Things, The Witcher, Kingdom, The Umbrella Academy, turut didatangkan dengan sari kata Bahasa Melayu.

Di samping itu, Netflix juga mengumumkan akan membawa lebih banyak cerita berkaitan Malaysia untuk tontonan antarabangsa, antaranya komedi istimewa terbaru Dr. Jason Leong: Hashtag Blessed, menampilkan Dr. Jason Leong seorang doktor Malaysia yang kini telah bertukar karier menjadi pelawak, dan filem komedi romantik terbaru karya Adrian Teh, Pasal Kau! yang bakal menghiasi skrin ahli-ahli Netflix di seluruh dunia.



Netflix telah menghasilkan satu filem komedi pendek yang mengisahkan bagaimana susahnya untuk menghasilkan sari kata di dalam Bahasa Melayu. Filem pendek ini dibintangi oleh Fariz, Awie, Ella, Zamaera, Altimet dan Zee Avi. Tontonnya di bawah ini.

🎉Selamat Hari Merdeka Malaysia! Netflix is now in Bahasa Malaysia.🎉

In #NetflixBahasasini, Fariz, our local jurubahasa, takes on the huge task of translating Netflix to BM with his POWER team that includes Dato’ Awie, @EllaAminuddin, @Altimet, @Zamaeraaa, & @ZeeAvi. 🇲🇾🇲🇾🇲🇾 pic.twitter.com/pvHFldgsJt

— Netflix Malaysia (@NetflixMY) August 28, 2020

Netflix boleh dilanggan dari serendah RM17/bulan untuk tontonan di peranti mudah alih sahaja, sehinggalah RM55/bulan untuk tontonan sehingga 4 peranti serentak dengan kualiti tertinggi Ultra HD. Jika anda belum pernah melanggan, anda boleh mencuba Netflix secara percuma selama 30 hari, tanpa sebarang syarat. Layari www.netflix.com untuk maklumat lanjut.

Tags: Netflix
Najib

Najib

POPULAR

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

28 August 2025
Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

21 August 2025
Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

10 September 2025
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
Netflix kini boleh dinikmati sepenuhnya di dalam Bahasa Melayu

Netflix kini boleh dinikmati sepenuhnya di dalam Bahasa Melayu

28 August 2020

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER